5 tempat menarik di Kota Belud 2023/2024 :
- KAMPUNG SANGKIR
- POLUMPUNG CAMPSITE
- ECO PELANCONGAN KADAMAIAN/SUNGAI WORIU
- LASAU PODI
- PEKAN KOTA BELUD
- RAMPAYAN & PULAU MANTANANI
yang mungkin ramai tidak tahu tentang keindahan alam semulajadi yang ada di Kota Belud, Sabah.
Sabah, terkenal dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat cantik.
Orang akan datang ke Sabah sebab mahu melihat keindahan semula jadi,
yang sangat menakjubkan di Sabah.
Kudasang adalah 1 destinasi pelancongan yang memang jadi tumpuan ramai,
Setiap Hari!
Setiap Tahun!…
Kundasang ini akan dipenuhi dengan pelbagai pelancong yang datang,
dari seluruh pelusuk dunia.
Ramai yang tidak tahu kewujudan 1 lagi tempat yang sebenarnya adalah tempat yang sama seperti
kundasang juga,
Suasana yang sangat menarik dan sangat indah pemandangannya..
Tempat ini dinamakan KOTA BELUD.
Daerah yang tidak jauh dari Kundasang dan Ranau.
Hanya makan masa dalam 2 jam untuk pergi ke Kota
Belud daripada kundasang.
Nama daerah ini (Kota Belud)
dinamakan kerana daerah ini dikelilingi dengan bukit bukau,
memang dipenuhi dengan bukit bukau yang sangat cantik.
Keindahan kota belud ini boleh bersaing dengan kundasang ya..
dan boleh dikatakan tempat yang lebih banyak tarikan,
destinasi yang sangat menarik dan sangat sesuai dijadikan tempat
rekreasi pelancongan atau percutian kepada semua pengunjung.
Tempat yang menarik di Kota Belud dan wajib kalian datang berkunjung :
- Kampung sangkir
- Polumpung
- Eco pelancongan woriu
- Cabana retreat
- Pulau Mantanani
- River cruise Sungai kawa-kawa
KAMPUNG SANKIRÂ
Kampung sangkir ini sangat popular dengan pemandangan gunung Kinabalu.
Kawasan kampung yang dikelilingi dengan jelapang sawah padi.
Di Kawasan kampung sangkir ini juga, mempunyai tempat atau Kawasan reakrasi atau taman untuk
dikunjungi, restoran makan, waterpark dan macam-macam lagi yang mereka sediakan untuk
pengunjung yang akan dating ke Kampung sangkir.
- Taman bunga
- Peranauan inn sangkir
- Amie little kitchen
Ini adalah senarai tempat persinggahan yang boleh dikunjungi, untuk potret gambar bersama
keluarga atau pasangan.
Tempat-tempat ini memang sangat sesuai untuk ahli keluarga, boleh buat family day juga disini,
Kawasan yang sangat luar, mahu parking pun tidak susah..
Kualiti perkhidmatan yang sangat memuaskan..
Sunrise atau sunset yang best datang sini?
Kalau pendapat saya, dua-dua sesi ini sangat menarik.
Masih boleh nampak gunung kinabalu terpancar indah,
Dengan tiupan angin , siulan burung-burung mencari makan, dan udara yang sangat segar..
Jauh dari kesibukan bandar.. suasana kampung yang sangat menyeronokkan.
Salah satu tempat menarik di Kota Belud, taman reakrasi yang sangat luas dan sangat cantik.
POLUMPUNG CAMP SITE
Campsite yang sangat popular.
Dengan pemandangan Gunung Kinbalu yang cantik,
tapak perkhemahan yang sangat selesa dan luas,
mereka sediakan kemudahan yang lengkap disini,
Seperti khemah pasang siap,
pondok santai untuk yang mahu BBQ
tempat pemanggang, dan keperluan asas yang lain.
Wajib mandi bila datang sini, dan wajib untuk bermalam juga, sebab kalau tidak merasai 2 benda ini,
Memang sangat rugi!!
Kesegaran air yang tiada tandingan, air yang mengalir dari pergunungan,
suasana dan kesegaran…
udara yang sangat bersih..
Bangun pukul 6 pagi, dengan pemandangan gunung kinabalu memang rasa nak stay lagi sehari di
polumpung ini.
Polumpung ini terletak di kampung melangkap.
Ada banyak lagi campsite yang menarik dan sesuai untuk melakuakan aktiviti camping
Disini, salah satunya :
- Nohutu campsite
- Nahandang campsite
- Polumpung campsite
Jom datang ke kampung melangkap..
Boleh kita healing sampai pagi…
sebelum saya teruksan penulisan saya, boleh cuba tekan link untuk tengok pakej apa yang sesuai untuk percutian anda di SABAH…
>>PAKEJ MURAH SABAH<<
EKO PELANCONGAN KADAMAIAN/SUNGAI WORIU
Â
KOTA BELUD juga dikenali dengan eko-pelancongan yang sangat banyak,
dan semua eko-pelancongan
ini memang sangat mesra alam, dengan semula jadi hutan,
Sungai yang bersih..
dan tempat peranginan yang menyegarkan.
Suasana atau aktiviti yang boleh dilakukan di Eko pelancongan kadamaian ini, sama Sahaja dengan
campsite polumpung, tidak banyak perbezaan , tapi yang best kita dapat merasai
keindahan alam, Sungai yang bersih, dan perkampungan yang ada penduduk yang sangat ramah.
Antara nama tempat eko pelancongan yang ada dikota belud ini adalah
- Kampung tambulion (paradise woriu)
- Kampun nahaba (3v, kalangadan)
- Kampung terintidon (terintidon campsite)
- Kampung tegudon (togudon campsite)
- Kampung tengkurus (nahanas campsite)
- Kampung sayap (station sayap)
Setiap kampun ini mempunya eko pelancongan mereka tersendiri.
Kampung yang bersebelhan dengan Sungai Woriu,
Sungai yang asalnya dari air mata air gunung Kinabalu.
Yang uniknya, kampung ini majoriti adalah berbangsa dusun.
Kekayaan yang mereka miliki,
memberi impak terhadap pengunjung yang datang kesini.
Eko pelacongan mereka sudah lama beroperasi dari tahun 2000 an lagi,
dibangunkan oleh orang kampung sendiri.
Tempat ini sesuai untuk dijadikan tempat berkelah
(picnic) dan
mendaki (hiking).
Kenapa? Kedudukan eko pelancongan ini semuanya ada dikaki bukit yang ada di setiap kampung ini.
Untuk mereka yang pertama kali datang ke perkampungan ini,
mungkin mereka akan rasa sukar,
kerana jalan yang ada disana tidak seindah pemandangan yang ada,
keadaan jalan raya yang masih berbatu,
pengunjung harus memakai kenderaan yang sesuai kalau datang kesini,
kereta “kancil perodua” juga sesuai,
tetapi untuk sampai dengan lebih cepat dan perjalanan lebih selesa,
pemilihan kenderaan kena tepat.
cakap pasal kereta, kami juga menyediakan perkhidmatan KERETA SEWA MURAH..
Harga sewaan bermula dari RM100>> RM350 (3pax>14pax seated car)
LASAO PODI
Tanah lapang yang memang sangat luas,
pemandangan hijau yang sangat mempersonakan,
Lasaou podi ini adalah satu Kawasan yang dulunya dijadikan sebagai pusat Latihan tentera,
Dan tanah ini adalah tanah hak milik Kerajaan,
dilarang untuk masuk kerana
Kawasan ini masih ada serpihan periuk api, dan bahan api yang masih aktif.
Untuk berkunjung kesini hanya dibenarkan untuk berhenti di kaki jalan raya Sahaja untuk berswa
foto.
Tempat ini bukan 1 tempat pelancongan tetapi tempat ini sudah dikenali ramai dengan keidahan
pemandangannya.
Lasou podi ini terletak di pendalaman perkampungan di daerah kota belud, bersebelahan dengan
perkampungan rantai rosok.
Yang rasa-rasa nak photoshoot untuk weeding tempat ini sangat sesuai,
Tidak banyak yang saya boleh kongsikan berkenaan lasou podi ini,
kerana tempat ini ada tarikannya
tersendiri tetapi tidak wajib dijadikan destinasi pelancongan anda, demi factor keselematan anda.
Kalau berminat tentang sejarah Sabah, dan nak tahu tentang sejarah “Land Of The Wind”
Slogan kata yang telah digunakan sehingga kini untuk negeri Sabah (SABAH DIBAWAH BAYU)
boleh singgah di link ini untuk 5 tempat menarik di sandakan.
>>>SANDAKAN<<<
sedikit perkongsian tempat menarik dan sedikit perkongsian sejarah tentang pembentukan Sabah pada awal perang dunia ke-2. Pelabuhan terbesar di Sabah adalah Sandakan, kawasan dagangan terbesar di Asia Tenggara.
PEKAN & TAMU KOTA BELUD
Kota Belud ini lebih dikenali dengan pekan cowboy,
Dengan pekan berkeluasan kecil Sahaja tetapi daerah yang terbesar di sabah.
Gelaran cowboy ini diambil daripada pengembala lembu
yang selalu membawa ternakan lembu nya ke pekan,
Majoriti orang kampung dikotabelud ini pergi ke pekan
mengunakan kerbau, dan tradisi ini masih
kekal sampai sekarang,
Setiap tahu untuk mengekalkan budaya orang kota belud mereka akan mengadakan sambutan hari
kebudayaan ini dengan perlumbaan kerbau
di padang besar kota belud.
Berbalik kepada cerita cowboy, penternak lembu di daerah kota belud ini memang tidak mempunyai
kendang lembu mereka, penduduk di Kawasan pekan ini
akan membiarkan lembu-lembu mereka
berjalan sendiri.
Yang uniknya lembu mereka ini tahu pukul berapa kena balik rumah,
memang sudah jadi rutin hariaan penduduk kota belud ini.
Walaupun dengan pekan yang kecil ini, kemuafakatan rakyat yang beilang kaum dan agama ada di
kota belud ini sangat meriah,
penduduk yang ramah dan tidak sombong, dan sentiasa melayani
dengan pengunjung yang akan datang ke kota belu.
Selain daripada pekan kecil kota belud ini, terdapat 1 lagi daya tarikan yang memberi tarikan kepada
pengunjung iaitu tamu besar kota belud.
Bertempat bersebelahan sahaj dengan pekan, berkeluasan lebih daripada 10hektar.
Mempunyai pondok-pondok jualan, pentas persebahan etnik sabah
dan kepebagaian aneka jualan yang selalu di pamerkan Ketika musim tamu ini buka.
Tamu ini beroperasi setia hari rabu dan ahad Sahaja,
Tamu rabu dan tamu ahad.
Penduduk dari pelbagai pelusuk daerah kota belud ini akan datang untuk menjual bermacam-macam
jenis makanan, sayur-sayura, buah-buahan, cendrahati,tembikar rotan
dan kraftangan yang
diperbuat dari orang tempatan sendiri.
Jualan dengan harga yang sangat berpatutan, dan harga lebih murah untuk hari tamu ini beroprasi
berbanding harag harian biasa.
Pentas persembahan juga beroperasi setiap hari ahad, pellbagai persembahan yang ada seperti
pertandingan menyanyi, tarian tradisioanal dan bermacam-macam lagi.
Aktiviti yang di tamu besar kota belud ini telah menarik perhatian kepada pengunjung yang datang ke
kota belud, dan telah menjadi rutin orang yang jauh dari kota belud ini datang setiap minggu untuk
merasai kepelbagaian yang ada di tamu kota belud ini.
Walaupun kota belud ini jauh daripada kota Kinabalu, tetapi kota belud ini masih menjadi satu
destinasi pelancongan yang sangat memperosnakan dan memberi pengalaman yang sangat indah.
Kepelbagaian bangsa dan agama telah memberi keharmonian yang sangat lengkap untuk sesebuah
daerah dan negeri.
Wajib jadikan kota belud ini sebagai senarai pelancongan anda.
RAMPAYAN LAUT & PULAU MANTANANI
Kawasan perkampungan yang berada di persisiran laut yang ada di kota belud.
Tempat yang sangat cantik dan keindahan yang boleh memukau pengunjung yang datang bercuti
disini.
Rampayan laut adalah satu destinasi pelancongan yang sangat menarik, Kawasan Pantai yang bersih
dan sentiasa mencuri perhatian pengujung.
Majorit penduduk yang ada di rampayan laut ini berbangsa bajau dan iranun.
Mereka adalah penduduk yang sangat kreatif dan bijak, telah menjadikan kawan rampayan laut ini
sebagai pusat peranginan yang mempersona.
CABANA RETREAT BEACH
Salah satu tempat yang sangat popular di rampayan ini adalah caban retreat,
Tempat yang sangat menarik di Kota Belud, sesuai untuk dikunjungi oleh semua pelacong ,
Kawasan yangsangat luas.
Penginapan juga disediakan, dan tempat makanan yang menyajikan hidangan mkanan lautyang sangat sedap.
Selain daripada Pantai ya cantik, di Kawasan
rampayan ini terdapat satu pulau yang dikenali pulau Mantanani,
Pulau yang keindahannya setaraf dengan pulau-pulau di Semporna.
Pulau ini adalah satu pulau yang sangat jauh daripada dataran utam (mainland)
Mengambil masa dalam 30minit untuk sampai ke pulau mantanai.
Keindahan yang memukau ini telah menarik pelancong untuk selalu datang ke pulau mantanai,
Yang sangat menyeronokkan , apabila kita bermalam di pulau Mantanani, kita akan melihat keindhan
malam yang ada di pulau tersebut, dengan pemandangan Bintang di waktu mala, dan udara yang
sangat menyegarkan.
Mesti tak puas kalau bercuti di Kota Belud sahaja,
jarak perjalanan daripada Kota Belud ke Kota Kinabalu hanya 2 jam, tengok kepada keadaan jalan.
saya selitkan sedikit
10 Aktiviti menarik di Kota Kinabalu, untuk rujukan ramai, datang Kota Kinabalu pastikan pergi kesemua tempat ini, sangat rugi kalau pergi hanya untuk singgah mata sahaja,
rasai pengalaman bercuti di Sabah ini dengan kami! SUZA HOLIDAYS