Skip to main content

Sabah merupakan negeri yang mempunyai kepelbagaian keindahan alam, kepelbagaian budaya, dan kepelbagaian tempat yang menjadi tarikan kepada semua pengunjung yang akan datang ke Sabah.

Terdapat tempat-tempat yang menarik ada di Kota Kinabalu.

 

dalam penulisan ini saya ingin senaraikan 5 tempat menarik di Kota Kinabalu yang wajib anda datang di Sabah.

 

LOUNGE & SUNSET BAR, SHAGRI-LA TANJUNG ARU

 

 

Lounge & sunset bar Shangri-La Tanjung aru adalah satu tempat menarik di Kota Kinabalu, sabah.

Terletak di kawasan Tanjung Aru Indah, Lounge ini menawarkan penginapan mewah dan kepelbagaian

fasiliti yang memeberi keselesaan kepada tetamu.

Selain itu, Lounge-bar shangri-la juga menawarkan makanan-makanan yang sedap, dan tidak dilupakan

dengan restoran-restoran yang bertaraf 6-7 bintang.

 

Penginapan mewah

Lounge-Bar Shangri-La Tanjung Aru menawarkan penginapan mewah sangat unik dan eksklusif (VVIP).

Tetamu dapat memilih dari berbagai jenis bilik, sesuai untuk dihuni oleh semua pengunjung,

tidak kira pangkat dan darjat.

Kemudahan yang sangat lengkap dan serba moden, senang untuk digunakan oleh semua pengguna,

tidak lupa juga dengan perkhidmatan yang mereka berikan kepada semua pengunjung, mereka akan

melayani semua pengunjung dengan cara professional dan terbaik.

Selain itu, tidak lupa juga dengan fasiliti yang mereka sediakan seperti kolam renang, yang

berhadpan dengan Pantai,

 

pengunjung boleh menikmati pemandangan sunset sambil melakaukan aktiviti renang.

Kolam renang ini juga di lengkapi dengan café , yang menyediakan minuman segar untuk pengunjung mereka.

Lounge Bar Shangri-La Tanjung Aru ini tidak hanya menawarkan penginapan yang mewah,

tetapi mereka juga menyediakan fasiliti reakrasi untuk tetamu seperti,

  • Gymnasium
  • Padang golf
  • Tennis court
  • Jogging track

 

Tempat-tempat ini sangat sesuai kepada pengunjung yang akan menetap lebih lama di Shangri-La Tanjung Aru.

Tidak lupa juga Shangri-La Tanjung Aru ini juga menyediakan tempat rawatan badan seperti Shangrila chi-spa,

menyediakan perkhidmatan rawatan badan, pusat terapi untuk pengunjung yang sukakan SPA ketika mereka datang

ke Shangri-la.

Shangri-la Tanjung Aru adalah 1 tempat menarik, yang sesuai dijadikan destinasi pelancongan kepada semua orang,

tidak mengira pangkat atau darjat, kalau mampu boleh datang ke sini untuk destinasi percutian kita.

Louge Shangrila Tanjung Aru merupakan 1 tempat menarik di Kota Kinabalu.

 

 

 

SEAFOOD KOTA KINABALU

 

Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, adalah sebuah destinasi yang tidak asing lagi dengan kekayaan hasil

laut yang segar dan sangat murah.

Seafood Kota Kinabalu ini adalah salah satu tarikan yang sangat popular,

makanan laut adalah 1 budaya dan gaya hidup orang sabah sendiri,

dan jadikan hasil lautan ini

sebagai sumber ekonomi mereka sendiri.

restoran-resotoran seafood di Sabah juga adalah 1 destinasi yang menarik di Sabah,

bukan sahaja makan, dapat merasakan suasan laut, dengan hiburan musik dari

pemain muski jalanan, dengan lantunan suara penjual-penjual di sana, memberi satu memori

yang indah bila datang di Sabah.

 

 

Bandar Kota Kinabalu ini terletak di tepi laut, terkenal dengan Pelabuhan perikanan yang aktif,

Pelabuhan ini tidak pernah sunyi dan tidak pernah ditutup kecuali dihari perayaan.

Untuk datang ke pasar atau tamu jualan seafood ini tidak susah untuk di jejaki,

Pelancong dan penduduk tempatan sering mengunjungi pasar-pasar tempatan seperti pasar besar

kota kinabalu, pasar filipina untuk mendapatkan bekalan makanan laut yang segar.

 

 

Hidangan laut seperti ikan, udang, sotong, ketam, rumpai laut dan kerang laut adalah pilihan utama di menu

restoran-restoran tempatan ini.

Salah satu, hidangan makanan laut yang paling terkenal di kota Kinabalu adalah, “IKAN BAKAR

Ikan segar yang diperap dengan rempah ratus khas,

dan disajikan dengan sos (sambal) yang lazat.

Hidangan ini adalah ,hidangan yang terpilih dan sangat disukai oleh pelancong dan penduduk

tempatan,

dengan harga yang menepati dengan cita rasa pelanggan.

Selain itu juga, masakan orang tempatan ini telah menarik selera pengunjung yang datang untuk

makan di restoran-restoran yang menyediakan hidangan seafood ini.

Salah satu hidangan yang menjadi rebutan adalah :

  • Udang masak butterprawn

  • Ikan putih tiga rasa

  • Sotong goreng tepung

  • Tomyam seafood

  • Ulam Rumpai lato

  • Ketam masak kamheyong

 

Masakan-masakan ini adalah pilihan ramai yang akan datang ke restoran seafood di Kota Kinabalu.

Ramai pelancong yang pertama kali datang ke sabah akan takut untuk makan seafood di sabah ini,

kerana harga yang mahal.

Nasihat dari saya untuk pemilihan kedai yang berpatutan ,

boleh rujuk dengan orang tempatan yang

selalu datang makan makanan seafood di kota Kinabalu ini.

Bagi menghindar kita di tipu atau rugi dengan penjual, Ketika berkunjung ke restoran seafood yang ada di

kota Kinabalu.

 

OppPPSss…!!!

Mencari kereta sewa di Kota Kinabalu?

>>>Klik Sini<<<

 

SUNRISE & SUNSET KOKOL HEAVEN

Senja dan matahari terbit adalah dua momen alam yang sangat mempersona dan menggetarkan jiwa

manusia sepanjang zaman.

Di seluruh dunia, banyak tempat yang menjadi saksi kecantikan yang luar biasa ini.

Salah satu tempat yang paling menakjubkan adalah kokol heaven,

Yang terletak di kionsom inanam sabah.

Kokol Heaven terletak di Kawasan perbukitan yang hijau, kaya dengan alam flora dan fauna, masih

terpelihara sampai sekarang.

 

SEKEJAP! Sebelum kita lanjut..

Pernah dengar Sunset kampung Sangkir dengan View Gunung Kinabalu?

>>Klik Sini<<

kampung sangkir

Tempat ini menawarkan pemandangan alam yang sangat cantik.

Pemandangan yang menonjol Ketika senja dam matahari terbit.

Kedua-dua momen pemandangan ini telah menarik minat dan mempersonakan para pengunjung yang datang,

menggamit memori dan menenangkan, dimana waktu tampak berhenti sejenak untuk membiarkan

kecantikan alam mengambil alih.

 

Sunset view

Senja di kokol heaven adlahn pengalaman yang tak terlupakan. Ketika matahari mulai merunduk di

balik bukit-bukit yang hijau, langit berubah menjadi rekahan warna-warni yang memukau.

Warnanya mulai dari nuansa oranye hangat hingga merah yang dalam,

menciptakann

Lapisan-lapisan warna yang seolah-olah dilukis di ats kanvas langit.

Ketika malam semakin mendekat, Bintang-bintang mulai muncul satu,persatu dan kokol heaven

menjadi tempat yang penuh dengan keajaiban.

 

Sunrise view

Tidak kalah menakjubkan Ketika matahari terbit di kokol heaven.

Ketika pagi mulai menyingsing, matahari muncul di balik horizon seperti bola api.

Cahaya matahri pertama yang memancar mengusir dinginnya malam dan menghangatkan segala

yang ada di sekitarnya.

Pemandangan ini adalah detik yang memancarkan kedamaian dan harapan,

mengingatkan kita bahwa setiap hari adalah kesempatan baru untuk memulai

Pertualangan dan menghadapi masalah dunia.

Selain dari kecantikan alamnya, kokol heaven juga menawarkan pengalaman unik lainnya.

Pengunjung dapat menikmati berbagai kegiatan seperti berjalan-jalan di hutan,

Berbasikal gunung, atau bersantai sambil menikmati udara segar dan

pemandangan alam yang indah.

Penginapan juga disediakan untuk pengunjung yang mahu menetap di kokol heaven, untuk merasai

lebih lama di bukit kokol ini.

Tidak lupa juga kokol heave juga menyediakan restoran dan café untuk pengunjung bersantai sambil

menjamu selera hidangan makanan yang ada disana.

Kokol heaven adalah 1 destinasi yang menarik minat pengunjung, dengan keaslian dan kecantikan

yang luar biasa, telah menarikm minat para pengunjung yang datang ke kokol heaven.

Dua momen yang mempersoanakn dan tidak akan dilupakan.

Syurga dibumi yang harus dilestarikan untuk selamanya, agar kecantikan dapat terus mempersona

kita dan generasi akan datang.

 

 

 

API-API NIGHT MARKET

Pasar malam api-api di gaya street merupakan salah satu daripada tarikan utama di kota Kinabalu, sabah.

Pasar mala mini adalah destinasi popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong kerana

menawarkan pelbagai makanan lazat, barangan kraftangan unik, dan pengalaman budaya yang

menarik.

Sejarah pasar malam api-api

Pasar malam api-api bermula sebagai acara sederhana yang diadakan oleh penjual-penjual tempatan

di gaya street pada awal 2000-an. Namun, popularitinya mula berkembang dan menjadi acara

mingguan yang menarik ribuaan pengunjung setiap hujung minggu.

Pasar malam api-api ini terletak di gaya street,

Yang memang menjadi pusat aktiviti untuk pengunjung yang akan datang kesana.

Gaya street ini dikenali dengan tempat penjualan makanan yang sedap dan menyelerakan.

Salah satu daya tarikan utama pasar malam api-api adalah pelbagai makanan tempatan sabah yang

boleh ditemui disini.

Pengunjung dapat mencoba hidangan-hidangan tradisional seperti ombuyat, sayap ayam madu,

bakso dan macam-macam lagi makanan tradisi yang dijual di pasar malam api-api ini.

Makanan laut juga pilihan yang sangat popular disini, seperti sotong bakar, kerrang rebus, udang

goreng dan ikan bakar. Bagi penggemar makanan manis, kuih traditional seperti kuihcincin kuih

gelang dan lepat pisang turut tersedia.

Selain daripada makanan, kraftangan juga ada dijual di pasar malam api-api ini.

Sebagai contoh

  • Gelang Mutiara
  • Manik Mutiara
  • Patung kayu
  • Baju corak etnik sabah
  • Key-chain

Barangan ini boleh dijadikan cendera kenangan dan buah tangan yang boleh dibawah pulang.

Aktiviti selain daripada membeli belah , di pasar malam api-api ini juga menyediakan alunan lagu-

lagu tradisi orang sabah, (busking lagu tempatan)

Menyediakan hiburan yang boleh memberi ketenangan kepada pengunjung, selepas penat membeli

belah boleh la layan, anak jati orang sabah menyumbangkan lagu dengan pelbagai Bahasa dan dialeg.

Pasar malam api-api ini bukan sahaj jadi tumpuan kepada pelancong luar malahan orang tempatan

juga sering datang untuk mengisi masa lapang mereka Ketika hari cuti.

Pasar malam api-api ini hanya buka pada setiap malam jumaat hingga ke malam ahad, bermula dari

pukul 6 petang hingga 12malam.

 

 

PUSAT KEBUDAYAAN SABAH

Sabah, sebuah negeri yang terletak di bahgian timur Malaysia, mempunyai warisan budaya yang kaya

dan pelbagai.

Salah satu mercu tanda utama yang mewakili kekayaan budaya negeri ini ialah pusat kebudayaan

sabah.

Pusat ini adalah tempat yang penting dalam memelihara, mempromosikan dan menyelidik warisan budaya sabah.

Pusat kebudayaan sabah ini adalah salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu.

Juga dikenali sebagai “culture Village” terletak di daerah Pantai barat,

menghadap laut china Selatan.

Tempat ini merupakan wadah yang penting untuk melindungi, mempamerkan dan menghargai

kepelbagaian elemen kebudyaan di sabah.

Termasuk budaya etnik, seni bina traditional, seni pertunjukan dan Sejarah negeri ini.

Pusat inimmenawarkan peluang kepada penduduk tempatan dan pelawat untuk lebih mengenali

tentang etnik yang ada disabah, sebagai contoh,

Kadazan dusun, murut, rungus, bajau dan ada banyaka lagi.

Salah satu aspek yang menarik pusat kebudyaan sabah ialah replica kampung tradisional etnik-etnik

sabah.

Pengunjung dapat mengembara di antara rumah ke rumah yang masih terpelihara, dengan peralatan

dan perhiasan yang masih disimpan untuk memeberi pengetahuan tenanting Sejarah etnik disabah

ini kepada generasi akan datang.

Dan boelh dipelajari dan memahami adat resam tenanting etnik yang di sabah.

Selain itu juga pusat kebudayann ini menjadi platform untuk pertunjukan seni tradisional, muzik,

tarian tradisional dan ritual keagamaan.

Pusat budaya ini juga telah mengumpul anak muda jati sabah ,

berkumpul untuk memberi kecerahan tentang budaya sabah yang sangat unik ini.

Memberi peluang kepada anak muda untuk mejana ekonomi mereka dengan menjaga dan

mengekalkan tradisi orang sabah sendiri.

Pusat kebudyaan sabah juga memainkan peranan penting dalam penyelidikan dan pemeliharaan

warisan budaya.

Tempat ini menjadi pusat pengumpulan, penyelidikan, dan

pemeliharaan artifak-artifak bersejarah, seni bina tradisi dan bahan-bahan dokumentasi berkaitan

kebudayaan sabah.

Ini demin menjaga keutuhan Sejarah dan warisan budaya sabah.

Secara keseluruhan, pusat kebudayaan sabah adalah asset penting dalam memelihara dan

mempromosikan kebudayaan negeri ini.

Cemerlang manapun kita dalam bidang apa jua,

kita kena pastikan budaya kita dikekalkan untuk

santapan kepada generasi akan datang.

Pengujung boleh menikmati keindahan budaya orang sabah ini,

Dengan Bahasa yang berbeza, pakaian yang tidak sama coraknya, tetapi masih boleh berkongsi dan

meraikan Bersama-sama etnik dan budaya yang ada disabah.

Dapatkan banyak pakej menarik di halaman kami Suza Holidays

tempat menarik di kota kinabalu

Monsopiad Heritage Village

 

 

2 Comments

Leave a Reply