Skip to main content

10 Aktiviti Menarik Di Kota Kinabalu 2023/2024

Ramai pengunjung yang tidak tahu, apa aktiviti yang mereka ingin lakukan ketika bercuti di Sabah??

 

dalam penulisan saya pada hari ini, ingin senaraikan 10 aktiviti menarik  di Kota Kinabalu yang sesuai dan sangat menyeronokkan,.

TIDAK rugi, kalau buat aktiviti ini ketika datang Sabah!

 

 

  1. ISLAND HOPING  

 

Salah satu, aktiviti yang wajib dilakukan bila datang di Sabah.

island hoping 3 pulau tunku abdul Rahman, Marine Park.

Pulau ini dikelola dan dijaga oleh agensi Sabah Park sendiri.

3 pulau ini adalah :

  • Pulau manukan
  • Pulau Mantanani
  • Pulau sapi

 

ketiga-tiga pulau ini sangat terkenal dengan aktiviti laut yang ada disana, salah satu aktiviti yang dilakukan adalah :

  • Snorkling
  • Sea walking
  • Banana boat
  • Parasiling
  • Kayak

 

pakej pulau sabah

bergambar di pulau manukan.

 

Aktiviti ini sangat digemari oleh semua pengunjung, dan aktiviti yang sangat menarik.

dengan keadaan air yang sangat bersih,

kawasan sekeliling yang luas dan banyak kemudahan yang disediakan

oleh pihak agensi yang menjaga pulau-pulau yang ada disana.

 

Perjalanan ke 3 pulau ini tidak terlalu jauh, hanya makan masa dalam 10-15 minit Sahaja,

daripada Jesselton Point Jetty.

 

Untuk mereka yang mahukan penjimatan kos dan penjimatan masa,

3 pulau Tunku Abdul Rahman ini sudah mencukupi.

masukkan aktiviti ini dalam Itenarary percutian anda.

 

Jeti Pulau Manukan

Enterance Pulau Manukan

 

Aktiviti pulau ini adalah aktiviti yang menarik kalau kita datang ke Kota Kinabalu.

Pulau-pulau ini setiap hari akan buka,

boleh buat tempahan melalui Suza Holidays juga..

 

 

 

 

  1. DAYTRIP KUNDASANG

 

GUEST FROM KUALA LUMPUR

Hari Pertama Pickup di Airport Kota Kinabalu

Kundasang Ranau, Sabah.  Adalah 1 destinasi yang wajib di kunjungi, sebab memang orang datang Sabah ini,

mahu ke Kundasang untuk melihat keindahan pemandangan dan suasana bawah kaki Gunung Kinabalu.

daytrip Kundasang ini, pastikan ada persinggahan tempat-tempat menarik sepanjang

perjalanan ke Kundasang.

biar saya senaraikan :

  • Rumah Terbalik, Tuaran
  • Jambatan Tamparuli
  • Pekan Nabalu
  • Bundu Tuhan
  • Pekan Kundasang
  • Alpaca Club
  • Mesilau
  • Desa Dairy Farm
  • Fish Spa,ranau
  • Poring,Ranau

 

 

Semua tempat ini adalah pilihan yang sangat tepat dan sesuai untuk perjalanan anda ke Kundasang,

untuk sehari perjalanan memang tidak cukup untuk melawat ke semua tempat..

 

kita boleh merancang sebelum bercuti,

dan boleh bertanya dengan pihak agensi pelancongan yang menyediakan pakej

daytrip ke kundasang.

 

Perjalanan daytrip ini makan masa dalam 8 jam untuk pergi dan balik,

Peranacangan masa sangat penting bila kita mahu jalan-jalan ke kundasang,

Untuk kita dapat sampai ke semua tempat dalam masa sehari Sahaja.

Bermalam dikundasang juga digalakkan, untuk merasai sendiri suasana yang sangat segar disana.

 

>>>JOM TENGOK PAKEJ PERCUTIAN DI SABAH MURAH<<<

 

 

3. KOKOL HILL

 

KOKOL HEAVEN

Gambar bersama Keluarga di KOKOL HEAVEN

 

Untuk mereka yang tidak tahan dengan pemanduan/perjalanan jarak jauh,

Seperti pergi ke kundasang, boleh jadikan kokol hill

Sebagai destinasi persinggahan kita bila disabah,

Aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah,

  • Jungle tracking
  • Camping
  • Aktiviti riadah
  • Menikmati makanan di café (makanan tradisi orang sabah)

Kokol hill yang berada di daerah Inanam,

perjalanan makan masa dalam 30minit Sahaja daripada Kota Kinabalu,

untuk yang ada pasangan, boleh lah ajak teman wanita datang kesini,

tempat ini sangat romantic, dengan café yang dihiasi dengan bunga-bunga segar,

decoration yang cantik seperti bentuk telapak tangan,

masa yang sesuai untuk datang kesini adalah pada waktu petang ,

dalam lingkungan 4-5 petang,

untuk melihat mata hariterbenam dari atas,

dari atas kokol hill ini,

kitab oleh melihat bandar kota kinablu,

pemandangan laut yang sangat  cantik,

memang memuaskan,

harga masuk tidak terlalu mahal, harga mkanan yang berbaloi dengan hidangan yang di café kokol hill.

Jangan lepaskan peluang untuk datang kesini.

 

SUNSET KOKOL HEAVEN

Pemandangan petang di Bukit Kokol

 

4. MARI-MARI CULTURE VILLAGE

 

MARI_MARI CULTURE VILLAGE

Gambar Guest yang ke Mari-Mari Culture

 

Ramai yang datang ke sabah, bukan untuk pemandangan cantik sahaja kan?

Tempat ini dikenali sebagai tempat penyimpana budaya dan etnik orang sabah,

Dan disediakan untuk dikunjungi oleh orang luar,

Bagi mengenali budaya resam yang dianuti oleh bangsa-bagsa yang ada di Sabah ini.

Tempat ini terletak sama tempat dengan kokolhill,

Tetapi Mari-Mari Culture Village di bawah bukit sedikit,

Kokol hill ada di puncak bukit kokol.

Kalau mahu datang ke Kokol Hill kena singgah di Mari-Mari Culture Village juga.

Etnik budaya disabah ni sangat banyak,

Etnik yang sangat unik, Bahasa yang digunakan bermacam-macam loghat.

Saya senaraikan bangsa-bangsa yang ada disabah :

  • Kadazan Dusun
  • Dusun Lotud, Tindal, dan Dusun Kimaragang (dan banyak lagi)
  • Bajau Laut dan Darat
  • Iranun
  • Suluk
  • Murut dan Rungus

Senarai ini masih tidak lengkap, tetapi ini adalah salah satu bangsa yang ada disabah.

Etnik ini masih diamalkan di Sabah,

Pihak Sabah Tourism telah mewujudkan tempat ini untuk dijadikan tempat penyimpanan Sejarah orang Sabah,

Dari segi pemakaian, rumah tradisi, makanan trradisi, dan amalan yang masih di amalkan oleh bangsa-bangsa yang ada di Sabah ini.

Kalau ada pengunjung yang suka dengan Sejarah,

Boleh datang kesini, untuk melihat keindahan Culture yang ada di Sabah,

Kawasan yang sangat luas, penjaga atau pekerja yang sangat ramah,

Tempat ini boleh dinikmati keidahan alam semula jadi yang di Mari-Mari Culture Village ini.

 

5. MONSOPIAD CULTURE VILLAGE

MONSOPIAD HERITAGE VILLAGE

“menghidupkan Api menggunakan Bamboo”

 

Tempat ini tidak terlalu terkenal,

tetapi tempat ini saya senaraikan antara 10 aktiviti menarik di Kota Kinabalu 2023/2024 yang patut anda jadikan sebagai destinasi pelancongan.

 

Monsopiad Heritage Village ini lebih kurang seperti Mari-Mari Culuture village,

konsep yang sama,

menyediakan dan mempromosikan budaya orang Sabah.

Tetapi Monsopiad ini hanya tertumpu pada 1 etnik  Sahaja,

iaitu Kadazan Dusun Penampang.

Kadazan Dusun ini adalah bangsa yang terbesar di Kota Kinabalu/Sabah, dan majoriti mereka ada di Kota Kinabalu,

Penampang dan Inanam.

 

 

Monsopiad Culture Village ini terletak di daerah Penampang,

Perjalanan hanya 15minit sahaja untuk sampai ke Monsopiad.

Istimewanya tempat ini ialah , mereka memperkenalkan tradisi makanan orang Kadazan ,

Sebagai contoh ulat sagu atau lebih dikenali dengan nama Butot.

Ada banyak lagi yang mereka perkenalkan dengan pengunjung,

Mahu tahu lebih lanjut, boleh senaraikan tempat ini sebagai

Destinasi percutian anda di Sabah.

 

 

6. PASAR FILIPIN & SINSURAN

 

Buah tangan yang cantik, dan yang murah ada banyak di Pasar Filipina,

Pasar ini berdekatan dengan Hotel Meredien , dan berdekatan dengan Center Point Mall,

Pasar Filipina ini beroperasi dari jam 8 pagi – 12 malam,

 

 

Pasar Filipina

barang kemas diperbuat daripada mutiara

 

 

keropok amplang di pasar filipina

Amplang Udang & kuih cincin.

 

 

Terdapat pelbagai makanan, barangan yang boleh dibeli untuk dibawa balik.

Barangan yang selalu pengunjung akan beli adalah,

mutiara yang telah dijadikan rantai dan gelang,

harga yang sangat murah, dengan corak yang kepelbagaian,

tetapi bukan itu sahaja yang ada, kraftangan juga di jual disini,

Rekaan hasil dari tangan orang tempatan sendiri,

Menggunakan metarial-metarial semula jadi.

 

TODAK WATERFRONT

Dinner With Seafood

 

Todak Waterfront

Udang segar (Udang Gala)

 

Selain daripada itu, makanan kering juga jadi tumpuan kepada pengunjung,

Sepert ikan bilis mata biru, amplang, dan ada banyak lagi makanan kering (keropok ikan)

Yang mereka sediakan.

Keunikan ini hanya ada disanah, kreativiti orang sabah sangat berseni,

buatan kraftangan yang cantik, dan makanan (keropok ikan) yang sangat sedap .

 

 

7. GAYA STREET

 

Gaya Street terletak di tengah bandar Kota Kinabalu, terkenal dengan tempat makan dan bangunan yang Asthetic,

penuh dengan coretan lukisan art di dinding bangunan.

Gaya Street adalah satu tempat yang menarik, yang boleh kita datang untuk dijadikan salah satu aktiviti ketika kita datang ke Sabah.

 

Majoriti kedai yang ada di Gaya Street ini adalah orang “cina”.

 

Dan terdapat kedai kopi yang sangat terkenal disini,

‘KOPI PING’

sangat digemari oleh penduduk Kota Kinabalu, tarikan yang sangat luar biasa,

Restoran yang mempunyai keunikannya sendiri, makanan dan minuman yang dihidangkan tidak sama dengan

kedai-kedai yang ada disana.

 

 

Bagi mereka yang tidak tahu apa maksud “PING”

PING = SEJUK/AIS

ayat ini selalu digunakan ketika kita memesan minuman di restoran,

dan memang sudah menjadi budaya bagi orang sabah untuk menggunakan ayat ini,

jangan pelik, keunikan ini membawa kepada kenangan…

salah satu contoh minuman yang banyak orang sabah gunakan ketika memesan minuman di restoran yang ada di Sabah.

 

  • Kopi ping
  • Milo ping
  • Nescafe ping
  • Neslo ping

 

Mungkin ada yang pertama kali datang ke sabah tidak tahu maksud “PING” itu apa..

Gaya street ini juga dikenali dengan pasar malam mereka, yang akan dibuka setiap minggu

Pada jumaat malam hingga ahad malam.

Masa : 5pm-12pm

 

Berbagai-bagai juadah yang dihidang dipasar malam gaya street ini.

 

Tempat ini lebih dikenali dengan nama API API NIGHT MARKET

Yang tidak tahu untuk berkunjung kesini, boleh google/waze nama tempat ini.

makan-makan dan membeli belah pun adalah satu aktiviti yang sangat menarik ketika datang ke sabah.

 

8. ZOO LOKAWI

 

Antara akviti menarik di Kota Kinabalu yang lainnya juga adalah melawat

tempat pusat ternakan haiwan yang lebih dikenali sebangai zoo lokawi.

 

Zoo ini terletak di daerah putatan,

 

Mereka masih memelihara ternakan haiwan liar seperti ,

 

  • Harimau
  • Gajah
  • Beruang
  • Buaya
  • Burung
  • Monyet

 

Ada banyak lagi haiwan yang mereka masih jaga,

Zoo ini tidak terlalu jauh daripada bandar, makan masa dalam 20 minit Sahaja untuk sampai ke Zoo Lokawi.

 

Tempat yang sangat menarik, jauh dari kesibukan bandar,

Sesuai untuk dikunjung oleh semua orang,

Orang sabah sendiri pun akan datang ke sini untuk mengisi masa percutian keita…

 

 

9. TANJUNG ARU BEACH

Pantai yang sangat terkenal dengan pemandangan matahri sunset  yang sangat cantik di kota Kinabalu,

pemandangan ini telah pun jadi bualan orang ramai,

dengan keunikan cahaya matahari yang memancar indah di

pantai Tanjung Aru ini.

aktiviti santai yang boleh dilakukan ketika datang ke Sabah, dan ini adalah salah satu aktiviti menarik juga,

Tanjung Aru Beach

pemandangan Sunset di pantai tanjung aru

 

Tanjung aru ini terletak berdekatan dengan Airport Kota Kinabalu (terminal 2).

tidak jauh dari pusat bandar, dan senang untuk berkunjung kesini.

 

Tempat yang setiap hari orang akan datang, dengan Kawasan yang lapang, Pantai yang cantik,

 

Di tempat ini terdapat kedai-kedai makanan yang boleh di beli oleh setiap pengunjung yang datang ke tanjung aru.

 

OOooppss!!! 

tahu ka Di tanjung Aru Beach ada tempat penginapan MEWAH! 

>>>KLIK DISINI<<<

 

Bermacam-macam aktiviti yang boleh dilakukan jika datang ke Tanjung Aru.

Sebagai contoh :

 

  • Parasiling
  • Sunset view
  • Picnic
  • Snorkling
  • photoshoot
  • sunset view
  • chill with food

 

 

Pastikan tanjung aru ini disenaraikan dalam destinasi percutian ANDA!

 

 

Apa lagi aktiviti yang best? bila datang ke Sabah?

Selain daripada Kundasang, KOTA BELUD adalah satu daerah yang mempunyai destinasi pelancongan yang sangat

banyak juga, kawasan perkampungan yang menyimpan hidden gems, sungai, pantai dan view Gunung kinabalu..

 

5 Tempat Menarik Di Kota Belud ..

Kota Belud adalah daerah yang mempunyai tarikan tersendiri,

daripada Kota Belud sebenarnya boleh tembus terus ke Kundasang, jarak perjalanan dalam 1 jam 45minit daripada Pekan Kota Belud.

Bagi yang pertama kali disarankan bergerak ikut travel agent untuk menjamin keselematan anda, ketika bercuti di Sabah,

Mahukan pakej Daytrip Kundasang ?

pandu sendiri dengan kenderaan comapact atau sedan?

 

boleh BOOKING untuk perjalanan anda di KOTA KINABALU di Link ini..

>>>>>>>>KERETA SEWA KOTA KINABALU<<<<<<<<

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply