Skip to main content

Sabah adalah satu destinasi pelancongan yang sangat menarik,

banyak tempat pelancongan di sabah ini pengunjung/pelancong kena tahu dan wajib datang!

untuk percutian yang lebih menenangkan.

Gunung Kinabalu, satu destinasi yang selalu orang akan datang bila datang ke sabah,

peratusan pengunjung adalah dari luar negeri dan negara.

yang menariknya, gunung kinabalu ini adalah gunung yang boleh didaki dan

tempat ini di kenali dengan taman Kinabalu (Kinabalu park).

Kinabalu park yang menyimpan pelbagai khazanah alam,

Sesuai untuk dikujungi dengan seisi keluarga untuk melihat keindahan alam yang

Ada dikinabalu park.

 

 

Mitos tentang gunung kinabalu ini sangat banyak, salah satunya adalah gunung ini dikatakan gunung berapi hidup,

betul ka??..

itu adalah mitos , gunung kinabalu sebenarnya adalah..

gunung berapi yang tidak aktif,

bertahun-tahun gunung ini didaki oleh semua pengunjung,

tapi belum pernah ada berita yang mengatakan gunung ini meletus,

Tetapi pada tahun 2016 , gempa bumi telah berlaku di Sabah,

menyebabkan struktur gunung kinabalu telah berubah dan “track Hiking” terpaksa di ubah untuk laluan baru kepada pendaki-pendaki gunung.

ketinggian gunung kinabalu ini 4,095m , lebih tinggi daripada KLCC (45.9m)

 

kenapa kinabalu park ini jadi tumpuan pelancong?.

 

Kinabalu park ini jadi tumpuan ke seluruh dunia kerana!

keindahan alam semulajadi (landskap) dan Biodiversiti yang kaya dengan semula jadi.

Kinabalu park ini telah menyimpan segala keindahan atau

boleh diktakan khazanah hutan sabah dengan baik,

penjagaan habitan yang sangat rapi bagi tumbuh-tumbuhan yang ada disana.

Dengan itu, keunikan dan keindahan yang ada di Kinabalu park ini telah menarik minat

orang untuk datang dan berkunjung setiap tahun,

malahan setiap hari akan ada orang yang akan datang kesini untuk merasai keindahan alam.

Hutan yang terpelihara dan jauh dari kesibukan bandar, udara bersih yang sangat menyegarkan.

3 hari 2 malam, adalah minimum untuk masa pendakian ke gunung kinabalu,

Pakej ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin mendaki gunung kinabalu.

kalau dari airport kota kinabalu, perjalanan ke “Kinabalu Park Centre“, makan masa dalam 2jam 30minit sahaja.

Boleh pandu sendiri atau dihantar oleh agensi yang buat perkhidmatan penghantaran pengunjung  ke Kinabalu park.

 

Selain daripada Kinabalu park, dalam perjalanan ke kundasang (gunung kinabalu terletak di daerah kunndasang, ranau)

ada banyak lokasi dan tempat yang kita boleh singgah mata. untuk Pemandangan yang cantik,

Jambatan tampaluri, adalah 1 destinasi pelancongan yang kamu  wajib singgah,

keunikan jambatan dengan sejarah etnik di sebalik pembinaan jambatan ini,

Orang dulu-dulu atau Orang lama cakap foundation/tapak tiang jambatan ini ada banyak kepala manusia?

yang di tanam untuk memperkuatkan tiang ini berdiri,ini adalah cerita yang kita tidak boleh percaya 100%.

kerana ini adalah cerita yang tidak ada kesahihan yang jelas.

Tahun terbinanya jambatan ini Pada tahun 1950.

sebelum tahun kemerdekaan lagi jambatan ini telah terbina,

tetapi struktur jambatan ini sudah berkali-kali dubah dan selenggarakan,

disebabkan banjir yang berpanjangan melanda di perairan sungai daerah tampaluri ini.

Reka bentuk atau corak yang terhias pada jambatan ini adalah..

satu tarikan utama bagi pengunjung yang dating kesini.

Dengan ketinggian 12m, lebar 2m dan 200m Panjang jambatan ini, dari seberang Sungai ke seberang utama.

 

Mengapa pembinaan nya sangat tinggi?

 

pada masa dahulu, sebelum terbinanya jambatan tersebut,

kawasan perairan sungai di daerah tampaluri ini selalu dinaiki air,

menyababkan kerosakan dan kesukaran bagi penduduk kampung yang ada disana.

Penduduk disana telah mebina jambatan tampaluri ini,

asalnya untuk laluan  utama mereka ke pekan atau pasar yang berada diseberang Sungai tersebut.

Eyalah, dulu orang kampung mana ada kenderaan mahu ke pasar,

mereka gunakan jambatan ini untuk laluan inisiatif mereka untuk membeli keperluan.

Selain itu juga, pada masa dahulu, jambatan ini pernah digunakan oleh penjajah pada masa dahulu,

dan dikatakan pembinaan awal jambatan ini telah dibina oleh orang British sendiri.

Untuk pengetahuan lebih,

rasanya kamu kena tempah tiket penerbangan untuk datang kesini.

Orang tempatan kampung didaerah tampaluri ini

telah jadikan jambatan tampaluri ini sebagai tempat persinggahan dan pusat tarikan

pelancong untuk memperkenalkan budaya dan etnik

Yang ada di sabah.

Jom ke sabah!

 

Kundasang ranau. Tempat dan destinasi pelancongan yang sangat popular.

Memang tidak asing didengar atau dilihat dimana-mana platform media social,

dengan pemandangan gunung Kinabalu yang sangat cantik.

Kalau pertama kali datang ke kundasang,

kita akan lihat suasana pekan yang sangat sibuk,

tapi kesibukan yang tidak menganggu tumpuan kita dengan pemandangan gunung Kinabalu,

wajib bergambar untuk simpanan akan datang.

Tengah-tengah round-about ada patung lembu hitam putih la,

 

Kenapa ada lembu ?

 

Saya akan ceritakan simbolik lembu yang ada dibulatan jalan raya tersebut nanti.

Tempat yang menarik dikundasang..

terdapat banyak tempat yang boleh di kunjungi ketika datang ke kundasang, biar saya

senaraikan :

 

  • Pekan nabalu
  • Kinabalu Park
  • Desa Dairy Farm
  • Mesilau
  • Strawberry farm
  • Alpaca Club
  • Mesilau
  • Arnab Village

Tempat-tempat ini sangat digemari dan sangat popular dikunjungi dikundasang.

Ada banyak lagi tempat yang menarik, tapi saya cadangkan,

Untuk pengunjung yang pertama kali ini, tahun pertama boleh luangkan masa untuk beberapa tempat dahulu,

tahun depan repeat lagi dengan pakej 3hari 2malam dikundasang.

 

 

DESA DAIRY FARM

Kawasan ternakan lembu yang sangat luas.

Tumpuan pelancong yang sangat popular, dengan tanah yang sangat lapang dan pemandangan gunung kinabalu yang sangat MENAWAN!!.

Terletak di tanah tinggi kundasang, perjalanan yang sangat mencabar tapi perjuangan yang sangat MEMUASKAN!.

Dalam desa ini kita kan lihat proses pemerahan susu lembu.

Ha! Dari teks saya yang di atas tentang bulatan lembu hitam putih tadi,

itu adalah lembu yang kamu akan tengok ketika naik ke desa dairy farm.

Bukan lembu orang kampung ya.

Kita akan lihat proses pemerahan susu lembu secara langsung masa sampai disana,

Susu lembu Segar ini dijual untuk pengunjung yang datang ke ladang ternakan ini,

mereka memprosses susu lembu ini untuk dijual ke pasaran Malaysia.

Tetapi bukan produk susu yang sangat disukai disini,

 

malahan pemandangan yang ada di kawasan deesa ini yang jadi tumpuan ramai.

Pemandangan seolah-olah macam diluar negara.

kawasan yang lapang dengan lembu-lembu bercorak hitam putih,

telah menyeriakan pemandangan yang ada disana,

Untuk pengunjung yang pertama kali datang ke sana ,

mungkin akan teruja dengan keindahan yang ada di desa dairy farm.

Pemandangan gunung yang rasa nak bungkus bawa balik. Sangat mempersona!

Jarak perjalanan dari pekan kundasang , makan masa dalam 20minit,

dengan keadaan jalan yang sangat rumit,

sempit dan perlu mendaki untuk sampai ke destinasi.

 

 

 

MESILAU

Di kenali dengan air sungai yang berwarna pekat kuning UNIK!

bukan warna tanah atau jingga, tetapi bewarna kuning.

Keunikan semula jadi, yang datang dari mata air gunung.

Daripada keunikan warna sungai ini, maka tempat ini telah diberi nama MESILAU.

 

Apa tarikan yang ada dimesialu ini?

 

Tidak banyak, tapi orang ramai berkunjung disini

sebab mahu merasakan suasana yang ada di kaki gunung ini,

dengan kesegaran udara dan pemandangan yang memukau.

Mesilau dikenali dengan tempat penginapan yang sangat cantik,

sebab pemandangan tepi gunung Kinabalu.

Bangun pagi dengan tidak mandi,

dikejutkan dengan kesjukan cuaca yang ada disana,

telah memberi satu pengalaman atau kenagan baru untuk pengunjung yang datang ke mesilau.

 

 

 

 

 

 

 

 

STRAWBERRY FARM

Farm ini terletak di Mesilau, selain daripada homestay,

di mesilau ini juga ada Strawberry Farm yang sangat luas.

Tanaman Strawberry yang segar,

dan boleh dinikmati dengan secawan kopi panas,

dan boleh dijama dengan seisi keluarga.

Mesti ramai yang tidak tahu, mungkin strawberry ini adalah

buah yang sangat biasa bagi kita yang sudah pernah pergi ke tempat pelancongan lain seperti Cameron Highland, genting dan macam lagi.

Tetapi makan strawberry disabah ni lain,

sebab makan sambil layan pemandangan gunung kinabalu.

dengan Secawan kopi Panas, ditemani angin yang menyegarkan di kaki gunung Kinabalu (mesilau)

sangat berbeza Suasana ini, walaupun rasa strawberry tetap sama!

 

 

 

 

 

 

ALPACA CLUB

Alpaca adalah haiwan yang memang tinggal di kawasan iklim yang sejuk ataupun dingin, dengan suhu celcius yang rendah.

Haiwan yang mempunyai bulu tebal seolah kambing biri-biri gurun,

Alpaca ini mempunyai kunikan, dengan struktur badan yang seolah-olah unta, tetapi bersaiz kecil seperti seekor anak kuda, tetapi leher yang berukuran panjang seperti unta atau kuda.

Mungkin haiwan ini tidak memberi banyak tarikan,

tetapi untuk kanak-kanak mungki lebih memberi impak yang menarik,

sebab Alpaca ni macam patung mainan yang berbuluh, tetapi besar dan comel, rasa nak pelihara satu ekor kat rumah lah..

Untuk mereka yang mahu berkunjung, Alpaca Club ini terletak Di bawah atau berdekatan dengan simpang ke Desa dairy farm sahaja,

Satu laluan yang tidak jauh dari jalan utama.

Terdapat banyak lagi tempat yang sangat menarik yang boleh di kunjungi di Kudasang ini sebenarnya,

tetapi saya lebih fokus untuk bercerita secara ringkas tentang kundasang ini,

kerana bukan kundasang sahaja tempat yang menarik bila kita berkunjung disabah ini.

Selain dari gunung, apa lagi yang BEST di sabah ini?

 

Pulau-pulau d isabah, sangat tidak terkira sebenarnya, terlalu banyak dan tidak semua tempat mereka jadikan tempat peranginan.

ada beberapa tempat sahaja yang wajib dan dan selalu orang akan datang untuk bercuti,

 

Pulau manukan ni Jauh ka?

 

Cerita pasal pulau,

ada yang sampai ke semporna, tapi mereka tidak tahu sebenarnya, pulau-pulau yang senang dan selalu dikunjungi, dengan harga dan tempat yang sangat sesuai ada di Kota kinbalu.

Makan masa dalam 10minit sahaja untuk ke pulau-pulau tersebut :

  • Pulau manukan
  • pulau sapi
  • pulau mamutik
  • pulau Ara Dinawan
  • Pulau Mari-mari sepanggar

5 pulau ini adalah pulau yang sangat berdekatan dengan bandar kota Kinabalu,

Senang dan sesuai untuk mereka yang mungkin ada masa singkat Sahaja datang ke sabah,

Boleh disenaraikan dalam itinerary percutian anda….

 

PULAU MANUKAN

Adalah pulau yang sering di kunjungi oleh pelancong yang datang ke sabah,

pulau ini lebih besar berbanding dengan 2 pulau yg selalu orang datang iaitu Pulau sapi, dan pulau mamutik,

3 pulau ini berdekatan, dan boleh pergi ketiga-tiga pulau ini, dalam masa satu hari Sahaja.

Untuk kunjungan ke 3 pulau ini, boleh cari pakej pulau ini dengan agensi-agensi yang menyediakan pakej 3 pulau ini.

mereka akan menyediakan perkhidmatan untuk hantar dan ambil pergi ketiga-tiga pulau ini.

Transportation Boat disediakan, life jacket, dan alat renang (snorkling gear)

dengan harga yang sangat berpatutan.

Tidak perlu pening-pening fikir macam mana nak ke pulau disabah ini.

Pelbagai aktiviti yang kiita boleh lakukan disana, seperti snorkling, banana boat, Sea walking dan parasiling.

aktiviti ini bebas dilakukan di pulau ini,

PARASILING is MOST POPULAR!

 

Tetapi! Keselamatan Perlu Diutamakan..

 

 

 

PULAU ARA DINAWAN

Pulau ini adalah 1 pulau yang ramai orang tidak tahu kewujudan nya, tapi kamu harus ambil tahu tentang pulau ini, kerana pulau ini ada keistimewaannya tersendiri.

Masa perjalanan untuk ke Jeti utama untuk ke Pulau Ara dinawan, makan masa dalam 30 minit dari bandar kota Kinabalu.

Bertempat di daerah Kinarut.

Perjalanan dari jeti utama ke Pulau Ara Dinawan,

hanya 15minit sahaja, pulau ini tidak jauh kalau kita sudah keluar dari perairan anak sungai,

kita sudah boleh Nampak bayang-bayang  pulau tersebut,

Ke Pulau Ara Dinawan, ada pakej sekali makan, wahh!

Sangat jimat dan tidak perlu susah lagi fikir untuk makan Tengah hari dimana.

Masakan yang sangat sedap dan sesuai selera dengan semua Pengunjung.

Pihak pulau juga menyediakan penginapan dan kedai makan untuk pengujung yang akan datang disana.

Kalau ada family trip yang ingin bermalam di pulau Ara dinawan ini,

Mereka juga menyediakan tempat tinggal(chalet) atau homestay

Aktiviti yang boleh kita lakukan, sama seperti di pulau-pulau lain, snorkling, skuba diving, berkayak dan macm-macam lagi.

Tetapi bukan itu yang sahaja yang ada di Pulau Ara Dinawan ini, terdapat Sejarah yang tersirat yang ada disana.

Pulau ini sebenarnya ada sejarah nya, dan sampai sekarang masih ada bekas besi kereta kebal dan kapal selam yang pernah terdampar di pulau ini.

Dulunya pulau ini adalah Private Island, dan tidak terbuka untuk orang ramai datang, kerana isu keselamatan kepada pengunjung.

Kita takut, akan ada kehilangan nyawa , mungkin masih ada Bom yang masih aktif tertanam dalam dasar tanah di persisiran pantai tersebut.

saya bukan mahu menakut-nakutkan pengunjung, tapi ini ada sejarah lama, cerita sebelum mereka jadikan Pulau ini sebagai Pulau Pelancongan.

Sangat Recommanded sebenarnya, kawasan yang luas dan sangat privacy, tidak ramai yang datang, selesa untuk melakukan aktiviti disana.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply