5 Pulau Tercantik Kota Kinabalu 2025/2026
Ibu negeri Sabah di Bawah Bayu, Kota Kinabalu (KK), merupakan destinasi percutian
paling popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara.
Salah satu tarikan utama di sini ialah Island hopping,
di mana pelancong boleh menerokai beberapa pulau tercantik yang ada di Kota Kinabalu
yang terkenal dengan pulau yang cantik, air laut yang jernih dan aktiviti air yang menyeronokkan.
Min sendiri pun suka pergi pulau dan pantai,
rasa hati tenang, jauh dari suasana bandar yan sibuk.
Dengan perjalanan menaiki bot sekitar 15-20 minit dari Jesselton Point,
Korang boleh enjoy keindahan pantai dan air laut yang jernih di Kota Kinabalu!!..
Bestt kann?!
Jom lihat senarai 5 pulau paling menarik yang menjadi PILIHAN di Kota Kinabalu!
1. Pulau Manukan

Pulau Manukan, pulau kedua terbesar di Taman Laut Tunku Abdul Rahman
Pulau Manukan ialah antara pulau tercantik di KK dan pulau kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman.
Merupakan taman laut pertama yang diwartakan di Malaysia.
Dengan pantainya yang luas, pasir putih yang halus, dan air laut yang jernih,
Lokasi terkenal untuk aktiviti snorkeling, berenang, dan bersantai.
Pulau ini terletak kira-kira 7 km dari KK dan mengambil masa 15 minit perjalanan bot. Pulau ini juga mempunyai resort dan chalet bagi pengunjung yang mahu bermalam.
2. Pulau Mamutik
📍 Jarak: 10-15 minit dari Jesselton Point.

Mamutik Island, Pulau paling kecil di Taman Laut Tunku Abdul Rahman
Pulau Mamutik ialah pulau terkecil dalam Taman Tunku Abdul Rahman,
tetapi jangan tertipu dengan saiznya! Pulau ini terkenal dengan terumbu karang yang cantik
dan hidupan laut yang mempesonakan.
Selain itu, signal line handphone di sini paling okayy berbanding pulau-pulau dalam Taman Negara ini.
Aktiviti Popular di sini ialah snorkeling, parasailing, dan seawalking.
Sangat sesuai bagi mereka yang sukakan hidupan laut.
Hanya 10-15 minit perjalanan bot dari Jesselton Point, terkenal dengan spesies ikan berwarna-warni dan terumbu karang yang masih terpelihara.
3. Pulau Sapi
📍 Jarak: Kira-kira 10-15 minit perjalanan menaiki bot dari Pulau Manukan

Pulau Sapi antara pulau yang ramai dikunjungi oleh pelancong setiap tahun
Pulau Sapi pula dikenali kerana Coral Flyer Zipline,
zipline merentasi laut yang menghubungkan Pulau Sapi dan Pulau Gaya!
Selain itu, pulau ini juga terkenal dengan aktiviti snorkeling dan diving,
memandangkan airnya yang jernih dan dipenuhi pelbagai spesies marin.
4. Pulau Mari Mari Sepanggar

Mari-mari Sepanggar, private Island yang ramai tak tahu
Pulau Mari Mari Sepanggar terletak kira-kira 10 minit perjalanan menaiki bot dari Jesselton Point, KK.
Pulau ini adalah dua kali ganda lebih besar dari Pulau Manukan
tetapi lokasinya tidak terlalu sesak dengan pelancong.
Dikelilingi oleh hutan hujan primer serta pantai berpasir putih yang cantikk…
Nama “Mari Mari” berasal daripada bahasa tempatan yang
bermaksud “datang, datang”, seolah-olah menjemput anda untuk menikmati keindahannya! 5. Pulau Dinawan

Pulau Dinawan, private Island yang terletak di Daerah Kinarut
Pulau persendirian yang menawarkan pengalaman eksklusif kepada pengunjung.
Terletak di daerah Kinarut, kira-kira 20-30 minit perjalanan dari KK dan
dari jeti sungai Kinarut ke pulau ini mengambil masa kira-kira 15 minit.
Ia terkenal dengan resort mesra alam – Ara Dinawan Island Retreat,
yang menyediakan penginapan gaya glamping di tengah-tengah keindahan alam semula jadi.
Selain itu, pulau ini juga terkenal dengan pantai berpasir putih serta terumbu karang,
dan pelbagai aktiviti air seperti snorkeling dan berkayak.
Apa aktiviti yang best dilakukan time Island Hopping?
Selain menikmati keindahan pulau-pulau ini, pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan semasa Island Hopping di Kota Kinabalu, antaranya:
1. Parasailing

woww dapat lihat pemandangan laut dari atas

Happyynyaa…dapat try aktiviti Parasailing
2. Banana Boat

Naik Banana Boat ramai-ramai, Bestt kan?!!
3. Picnic di tepi Pantai

sekali-sekala berkelah di tepi pantai dapat tenangkan fikiran..
5. Healing di tepi laut

Tengok pemandangan laut ni, confirm buat hati tenang
dan pastinyaa banyakk lagii…
Dengan keindahan pulau-pulau ini, percutian anda di Kota Kinabalu pasti akan menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan!
Berminat mau island hopping? Bawa geng travel korang, plan trip ke KK! Takda geng, tapi nak bercuti ke Sabah?
No worries, Jom baca tips ini: TIPS SOLO TRAVEL SABAH
tuttttttttttt…
Mahu book kereta sewa untuk percutian d KK? tapi still survey harga yang terbaik yang sesuai dengan condition kereta?
Klik link di bawah:
〈〈Kereta Sewa Murah Kota Kinabalu〉〉
Selain, Island Hopping, korang juga boleh explore tempat-tempat menarik di Sabah?
Jom check kat sini: Pakej Percutian Sabah
Lihat Juga:
Explore Sabah with Suza Holidays!
-Ease your journey-