Skip to main content

Percutian di negeri Sabah, Malaysia adalah pengalaman yang mempesonakan.

Dikenali dengan keindahan semulajadi yang menakjubkan

dan kepelbagaian budaya yang kaya,

 

Sabah,

adalah destinasi percutian yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk semua jenis pelancong.

Dalam artikel ini, kita akan meneroka beberapa tempat menarik dan aktiviti yang boleh dinikmati di Sabah.

 

Gunung Kinabalu – Mengharungi Ketinggian Tertinggi di Malaysia:

Gunung Kinabalu  adalah tarikan utama untuk pendaki gunung dan penggemar alam semulajadi.

 

Ia adalah gunung tertinggi di Malaysia

 

dan menawarkan pengalaman mendebarkan untuk mencapai puncak.

 

Pendakian ini menawarkan pemandangan indah ke atas hutan hujan

 

dan pemandangan luar biasa dari puncak

gunung.

 

Taman Laut Pulau Sipadan – Keindahan Bawah Laut yang Menakjubkan:

Sabah juga terkenal dengan kehidupan marin yang pelbagai dan menarik.

 

Taman Laut Pulau Sipadan adalah destinasi percutian yang dicari oleh penyelam dari seluruh dunia.

 

Anda akan dapat menyaksikan terumbu karang yang indah, penyu laut,

 

dan pelbagai spesies marin lain yang mengagumkan.

.

.

.

 

 

Pasar Tamu Kundasang – Memahami Budaya Tempatan:

Pasar Tamu Kundasang adalah tempat yang sempurna untuk mengenali budaya tempatan

 

dan mencuba hidangan tempatan yang lazat.

 

Anda boleh menjumpai pelbagai produk pertanian segar, hasil tangan tempatan,

 

dan makanan tradisional Sabah.

 

Ini adalah peluang yang baik untuk berinteraksi dengan penduduk tempatan

 

dan memahami kehidupan mereka.

 

Pantai-pantai yang Menakjubkan:

Sabah mempunyai pantai-pantai yang menakjubkan dengan pasir putih dan air laut yang jernih.

 

Pantai Tanjung Aru di Kota Kinabalu adalah

tempat yang populer untuk menikmati matahari terbenam yang indah.

 

Pantai-pantai seperti Pantai Manukan

 

dan Pantai Rasa Ria juga menawarkan pelbagai aktiviti seperti snorkeling, berenang, dan bersantai.

 

 

Warisan Budaya di Monsopiad Cultural Village:

Monsopiad Cultural Village adalah tempat yang ideal untuk mengetahui warisan budaya Kadazan-Dusun,

 

salah satu kumpulan etnik utama di Sabah.

 

Anda boleh menyaksikan pertunjukan tarian tradisional,

 

belajar tentang peralatan peperangan tradisional,

 

dan mengetahui lebih lanjut tentang sejarah dan budaya mereka.

.

.

.

 

 

Kesimpulan: Sabah adalah destinasi percutian yang menawarkan kombinasi menakjubkan antara keindahan semulajadi dan kepelbagaian budaya. Dari gunung yang menjulang tinggi hingga ke bawah laut yang menakjubkan, serta warisan budaya yang kaya, Sabah pastinya akan memenuhi keinginan semua jenis pelancong. Jangan lepaskan peluang untuk menjelajah kecantikan negeri ini dan merasai pengalaman unik yang hanya boleh ditemui di Sabah.

 

Seringkali apabila bercuti di pusat peranginan yang terletak di Kundasang, masalah yang selalu dihadapi oleh
pelancong adalah
“tidak cukup masa
untuk pergi ke semua tempat yang ada di Kundasang .
BERCUTI!..
di Kundasang boleh membuatkan anda ‘WASTE TIME’ ataupun dalam kata lain ‘BUANG MASA’…
jika tidak merancang dengan betul…
masa dan lokasi-lokasi lawatan yang hendak dikunjungi.
Ini kerana,
-kurangnya pengetahuan mengenai tempat-tempat yang ingin dilawati.
-tidak meyusun lebih awal jadual perjalanan dan tempat-tempat lawatan yang ingin dikunjungi.
Ramai yang merancang untuk bercuti,
TETAPI!..
Tidak tahu bagaimana untuk menguruskan percutian walaupun hanya bercuti didalam Negara saja! (SABAH)
Di sini kami ada beberapa tips untuk anda apabila bercuti sendiri di Kundasang..
walaupun tanpa pemandu pelancong
atau TOUR GUIDE!

Tips ini untuk anda yang baru pertama kali bercadang untuk bercuti di Sabah!

1. Sekiranya anda bercadang untuk terus ke Kundasang, disarankan pilih masa penerbangan awal ke Kota Kinabalu.
    Samada pagi ataupun tengahari.
    Setiba dilapangan terbang Kota Kinabalu, boleh terus bergerak ke Kundasang
    dengan kenderaan.
    Sekiranya sampai lewat petang ataupun malam, sebaiknya bermalam di Kota Kinabalu dahulu
    dan keesokkan hari      baru bertolak ke Kundasang.
    Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa dalam 2 jam.
    Mulanya anda akan melalui fasa jalan lurus dari Kota Kinabalu – Tuaran – Tamparuli
    dan selepas memasuki Tamparuli barulah akan memasuki fasa jalan yang berbukit-bukit Hingga ke Kundasang.
    Untuk memudahkan perjalanan, pastikan anda guna google map ataupun waze untuk ke Kundasang, kerana tidak      banyak “signboard” selama perjalanan menujuh ke Kundasang.
    Biasanya jalan berbukit mulai gelap berkabus antara jam 5.30 petang sehingga 6 petang. Anda tidak digalakkan          memandu pada waktu tersebut kerana agak bahaya bagi yang tidak biasa melalui jalan tersebut.
    Dalam perjalanan ke Kundasang and akan melalui Kawasan Tamparuli dan bolehlah singgah ke Rumah Terbalik        dan 3D Wonder Museum yang berada di tepi jalan sebelah kiri sebelum menujuh ke Kundasang.
    Kalau nak singgah ke Jambatan Tamparuli perlu pergi ke arah pekan Tampaluri dan terpulang kepada anda                samada nak pergi tempat-tempat tarikan ini semasa dalam perjalanan pergi ataupun waktu pulang semula ke              Kota    Kinabalu.
    Selepas dari Tamparuli menujuh ke Kundasang anda akan lihat terdapat
    beberapa gerai tepi jalan kiri dan kanan.
    Tak perlu gatal-gatal nak singgah,
    sebab gerai-gerai tersebut menjual Sinalau Bakas ataupun babi hutan salai.
    Jangan berhenti dan sila teruskan perjalanan
    Tempat-tempat tarikan di Kundasang jaraknya jauh-jauh sikit antara satu sama lain. Sebelum sampai Kundasang,      anda akan melalui Pekan Nabalu dan bolehlah singgah untuk beli souvenirs murah-murah di sana berbanding di        Kota Kinabalu dan seterusnya anda akan jumpa Kinabalu Park yang merupakan tempat untuk memulakan                  pendakian Gunung Kinabalu.
Seterusnya anda akan melalui bulatan Kobis sekaligus sampai di Pekan Kundasang. Antara tarikan menarik yang boleh dituju adalah Desa Dairy Farm dan War Memorial. Jangan lupa singgah Masjid Kundasang yang terletak di atas bukit dan juga gerai-gerai jual sayur dan buah-buahan yang dijual di kawasan sekitar sebab harganya sangat murah.
Untuk pengetahuan anda di Pekan Kundasang tak banyak kedai makan. Antara kedai makan yang boleh dituju, jika dari KK menuju ke Kundasang roundabout Kobis belah kanan, ada terletaknya kedai
makan Intan Restaurant & Hidayah Restaurant. Selain dua kedai makan ni ada lagi kedai makan yang
ada di kundasang tetapi jauh dari pekan Kundasang.
Kalau di Kundasang hanya sekadar memesan nasi putih dan sup panas-panas sudah cukup sedap ditemani pula dengan cuaca sejuk di Kundasang dan jangan lupa untuk mencuba Chicken Wings Kundasang.
Memang terbaik Jauh-jauh datang ke Kundasang pasti nak lihat Gunung Kinabalu bukan? Gunung Kinabalu ni jelas kelihatan seawall jam 6 pagi hingga 9 pagi. Lebih kurang jam 10 pagi gunung mulai dilitupi kabus dan awan tebal.
Satu tips untuk anda, kami cadangkan anda bermalam satu malam di Kundasang, kalau tak nak terlepas peluang untuk melihat pemandangan Gunung Kinabalu awal pagi yang menakjubkan!
Ada banyak pilihan hotel dan homestay yang ada di Kundasang. Jika nak bermalam di Kundasang pastikan buat tempahan penginapan awal!
Kami yakin anda pasti pernah lihat orang ramai muat naik gambar berada di Desa Dairy Farm bersama keluarga atau pasangannya. Lokasi ini sememangnya menjadi tarikan utama kepada para pelancong yang ke Kundasang. Untuk mendapatkan gambar yang cantik, kami saran anda untuk ke Desa Dairy Farm awal pagi. Kerana kalau lewat ke sana pemandangan Gunung Kinabalu akan dilitupi dengan awan dan kabus tebal.
Untuk anda yang tidak mahu bersusah payah untuk travel sendiri, anda boleh mengambil pakej percutian ke Kundasang. Kerana semua kemudahan telah di sediakan, anda tinggal bawa diri, pakaian, duit poket dan duit makan saja!
Diharap perkongsian ini dapat membantu anda dalam merancang perjalanan ke Kundasang.
SELAMAT BERCUTI!
“Ease Your Journey”

Leave a Reply