Bagi yang memilih untuk melancong bersama keluarga yang besar, kami menyediakan pilihan sewa van di Kota Kinabalu Sabah pada harga yang berpatutan.
Samada van sewa pandu sendiri atau dengan driver,
semuanya terpulang kepada bajet anda sekeluarga.
Pada post kali ini,
Kami akan bercerita serba sedikit prosedur atau tips menyewa van di Sabah especially di Kota Kinabalu.
Sedikit Perihal Kami
Suza Holidays Sdn Bhd telah beroperasi sejak tahun 2014 dan berlesen
dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) (KPK/LN : 8716) pada bulan Mac 2017.
Kami juga turut berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (1224034-V)
dan Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) (MA-5439).
Kami telah berada di dalam bidang kereta sewa hampir 9 tahun.
Kami beroperasi di Blok H Tingkat 5-1 Aeropod Commercial Square Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah. Lokasi kami terletak hanya 8 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
Syarikat kami beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang dan jam 9 pagi hingga jam 2 petang pada hari Sabtu.
Perkhidmatan yang kami sediakan adalah perkhidmatan kereta sewa, sewa kereta mewah, kereta sewa bersama driver, pakej pulau, pakej percutian di sekitar Kota Kinabalu dan Kundasang, dan pakej Semporna.
Isi Kandungan
Sewa Van di Kota Kinabalu Sabah
Sewa Van dengan Pemandu di Kota Kinabalu
Sewa Bas di Kota Kinabalu
Daytrip ke Kundasang
City Tour Kota Kinabalu
Sewa Van Di Kota Kinabalu
Kami di Suza Holidays amat mementingkan keselesaan dan keselamatan setiap pelanggan kami.
Oleh itu,
kami amat menyarankan pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan sewa van
sekiranya jumlah penumpang adalah 6-8 orang ke atas
kerana ianya lebih SELESA dan yang paling penting lebih JIMAT dan BERBALOI.
Di samping itu,
semua van yang kami sediakan kepada pelanggan telah diperiksa secara
berkala oleh pihak kami sebelum diserahkan kepada pelanggan.
Tujuannya adalah untuk memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan
selamat digunakan terutamanya untuk perjalanan yang jauh.
Berikut adalah harga dan had muatan setiap van yang disediakan oleh pihak Suza Team
megikut kiraan hari dan jenis van bagi tahun 2022/2023 :
NOTA TAMBAHAN :
- Perkhidmatan pick up dan return disediakan secara PERCUMA dalam masa bekerja iaitu dari 9 PAGI HINGGA 5 PETANG di KKIA dan disekitar kawasan bandar Kota Kinabalu sahaja.
- Bagi pick up dan return sebelum atau selepas waktu berkerja akan dikenakan caj tambahan untuk sekali penghantaran seperti berikut :
6 Pagi – 9 Pagi : RM 30
5 Petang – 9 Malam : RM 30
9 Malam – 11.30 Malam : RM50
11.30 Malam – 6 Pagi : RM 100
3. HARGA ISTIMEWA akan diberikan bagi yang membuat sewaan 3 hari ke atas.
4. Sewaan MELEBIHI 5 JAM ke atas akan dikira HARGA SEHARI.
5. Caj extra hour adalah tambahan 10% daripada harga van mengikut kiraan jam. Sila rujuk dengan pihak Suza Team untuk maklumat lanjut.
6. Bagi penggunaan luar dari kawasan Kota Kinabalu atau Kundasang dan Ranau, caj luar kawasan akan dikenakan mengikut destinasi. Harga akan ditentukan oleh pihak Suza Team berdasarkan kawasan yang dituju.
7. Bagi pelanggan yang mempunyai bayi atau anak kecil, kami ada menyediakan child seat dan stroller dengan harga RM 15 SEHARI untuk setiap satu unit. Sila maklumkan kepada pihak kami ketika membuat booking sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan tersebut.
Sewa Van Dengan Pemandu Di Kota Kinabalu
Kami juga menyediakan perkhidmatan airport transfer dari KKIA ke hotel atau homestay di sekitar bandar KK.
Caj penghantaran bermula dari RM 100 SEHALA.
Bagi airport transfer ke hotel atau homestay di luar kawasan KK seperti seperti
di area Penampang, Inanam, Menggatal dan kawasan yang berada di sekitarnya,
caj penghantaran bermula dari RM 150 SEHALA.
Sila sediakan maklumat seperti tarikh, masa, flight number dan jumlah penumpang
kepada pihak Suza Team semasa membuat tempahan.
Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan sewa van bersama pemandu,
harga bermula dari RM 500 HINGGA RM 650 SEHARI mengikut lokasi yang ingin dituju.
Anda boleh merujuk kepada pihak kami untuk sebarang pertanyaan.
Sewa bas di Kota Kinabalu
Bagi pelancong yang berkunjung ke Sabah dalam satu rombongan atau dalam jumlah yang besar,
anda tidak perlu risau kerana kami turut menyediakan perkhidmatan bas persiaran.
Bas yang disediakan boleh memuatkan 25 HINGGA 40 PENUMPANG.
Sila berikan jumlah penumpang yang tepat kepada pihak Suza Team untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.
Harga sewa bas bermula dari RM 1,200 SEHARI dan harga sudah termasuk caj driver , penginapan driver, dan duit minyak.
Daytrip ke Kundasang
Bagi yang baru pertama kali berkunjung ke Sabah,
anda pasti akan membuat research dan bertanya kepada rakan anda terlebih dahulu tentang
tempat-tempat best dan wajib pergi dan semestinya jawapan yang akan diberikan adalah
GUNUNG KINABALU dan KUNDASANG.
“Miss, boleh tak kalau saya nak daytrip sahaja ke Kundasang?”
“Boleh tuan bawa kami jalan-jalan ke Kundasang dan balik KK semula?”
Tentulah BOLEH…!
Sekiranya anda kurang mahir dengan jalan di sekitar Kundasang dan Ranau,
kami amat menyarankan anda untuk menggunakan perkhidmatan sewa bersama driver
agar percutian anda berjalan dengan lancar.
Driver akan menjemput dan menunggu di hotel atau homestay mengikut permintaan pelanggan
semasa membuat tempahan.
Harga bagi sewa van bersama pemandu bermula dari RM 650 SEHARI termasuk caj driver
dan duit minyak.
Driver yang kami hire semestinya mereka yang berpengalaman membawa pelancong dan mahir
dengan selok -belok jalan di sekitar kawasan Kundasang dan Ranau.
Antara tempat-tempat yang dikunjungi adalah seperti berikut :
- Rumah Terbalik
- Jambatan Tamparuli
- Pekan Nabalu
- Kinabalu National Park
- Desa Cattle Dairy Farm
- Kundasang War Memorial
- Pasar Kundasang
Sekiranya anda ingin berkunjung ke tempat yang tidak dinyatakan di atas,
sila rujuk dengan pihak kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang harga baru dan itinerary.
City Tour Di Kota Kinabalu
“Ada tempat menarik tak di Kota Kinabalu untuk ronda-ronda?”
“Saya nak jalan-jalan area KK sahaja. Boleh tak tuan suggest tempat-tempat best di sini?”
Jawapannya…mestilah ADA.
Sebenarnya,
terdapat banyak tempat-tempat menarik di sekitar kawasan KK yang boleh dikunjungi sekiranya
anda mempunyai masa terluang.
Salah satu aktiviti popular yang harus dicuba ketika berkunjung ke Kota Kinabalu adalah
Island Hopping di pulau-pulau di sekitar bandar seperti Pulau Manukan, Mamutik dan Pulau Sapi
atau lebih dikenali sebagai Taman Tunku Abdul Rahman.
Di samping itu,
lawatan ke Mari-Mari Cultural Village, Monsopiad Cultural Village atau
Koisaan Cultural Village (KDCA) amatlah digalakkan kepada pengunjung untuk mencuba
aktiviti di sana kerana Sabah mempunyai unsur kebudayaan yang unik dan
masih diamalkan sehingga ke hari ini.
Kami di Suza Team ada juga menyediakan pakej KK City Tour dengan harga bermula dari
RM 550 SEHARI termasuk caj driver dan duit minyak.
Antara tempat-tempat yang dikunjungi adalah seperti berikut :
- Taman Tunku Abdul Rahman / Monsopiad Cultural Village
- Pasar Filipina / Pasar Kraftangan
- Pasar Ikan Kering / Frozen Seafood
- Jamilah Jewellery
- Cocoa Kingdom
- Pantai Tanjung Aru
- Todak Waterfront
- Masjid Bandaraya
- Yayasan Sabah
- Muzium Sabah
- Kilang Kek Lapis Sarawak