Skip to main content

Korang tak pernah datang ke Sabah? Jom baca post Tips bercuti di Sabah ni..!

Memang ‘Blur’ kan jika kita tidak ada pengalaman pergi ke suatu tempat yang baru.

Setakat buat carian di Google,

atau tanya pengalaman kawan-kawan dan sedara yang pernah bercuti di Sabah sahaja,

Tidak cukup sebenarnya….!

Korang kena lebih alert dengan perkembangan terkini di Sabah jika ingin bercuti di sini…


ISI KANDUNGAN

Bercuti di Kundasang, Sabah

Tips Bercuti Ke Sabah

Tips Percutian Ke Kundasang, Sabah

30 Lokasi Menarik Di Kundasang & Ranau

35 Lokasi Menarik di Kota Kinabalu


Di Sabah,

terdapat banyak lokasi menarik untuk dikunjungi.

3 lokasi yang sangat popular untuk bercuti di Sabah adalah Kundasang, Kota Kinabalu dan Semporna.

Kundasang terkenal dengan kawasan sejuk di kaki gunung.

Kota Kinabalu pula kawasan bandar yang banyak lokasi tarikan pelancong & juga pulau-pulau di sekitarnya.

Manakala Semporna pula,

memang terkenal dengan pulau-pulau yang jernih airnya, macam di luar negara…!

Bercuti di Kundasang Sabah

jalan-jalan di sabah
Pemandangan di Desa Cattle Dairy Farm

1st of all,

untuk pengetahuan korang,

Kundasang ni adalah satu daerah betul-betul di bawah kaki gunung Kinabalu.

Memang sejuk,

sehingga boleh mencapai suhu serendah 13 Darjah Celcius.

Untuk sampai ke Kundasang,

Perjalanan mengambil masa selama 2 jam dari Bandaraya Kota Kinabalu.

Highway untuk ke Kundasang ini adalah highway utama untuk ke bandar-bandar besar yang lain

di Sabah seperti

Bandaraya Sandakan, Bandar Lahad Datu, Bandar Semporna dan Bandar Tawau.

Memang ada highway yang lain untuk sampai ke bandar ini,

iaitu kami panggil juga dengan ‘Jalan Belakang’.

Jalan belakang ini adalah melalui Keningau seterusnya ke Kalabakan dan Tawau.

Jika korang berpeluang melalui jalan belakang ini,

korang bolehlah singgah di Maliau Basin,

iaitu salah satu tempat hutan simpan yang masih terpelihara kehidupan flora dan faunanya.

Berbalik kita kepada highway ke Kundasang tadi,

semasa post ini ditulis,

jalanraya utama ke Kundasang dari Kota Kinabalu adalah 2 hala sahaja.

Sekali sekala,

terdapat lorong memotong disediakan bagi kenderaan berat memberi laluan kepada kenderaan kecil

untuk memotong.

Serius cakap,

memang sistem jalanraya kami kat Sabah ni ketinggalan 20 tahun ke belakang dari

negeri-negeri yang lain.

Perjalanan 2 hala ke Sandakan

Perjalanan ke Kundasang yang berbukit dan berliku serta banyak kenderaan berat yang turut

melaluinya,

menjadikan jalanraya ini agak sibuk setiap hari.

Bagi korang yang tidak biasa atau tidak konfiden untuk drive sendiri,

Bolehlah menyewa kereta/van dengan pemandu di Kota Kinabalu.

Di Kundasang,

terdapat banyak tempat menarik untuk dikunjungi.

Antaranya adalah:

  • Desa Cattle Dairy Farm
  • Kinabalu Park
  • War Memorial
  • Alpaca Club
  • Strawberry Farm
  • Arnab Village
  • Gerai buah-buah & sayuran
  • Culvert View

Sementara itu,

di Kundasang juga terdapat banyak chalet/hotel/homestay yang korang boleh pilih untuk menginap.

Terdapat banyak pilihan harga untuk setiap jenis penginapan

dan of course,

almost penginapan di sini memang View Gunung Kinabalu…!

View dari Balkoni Kinabalu Pine Resort

Antara penginapan terbaik hotel/resort yang boleh korang dapati di sini adalah:

  • Kinabalu Pine Resort
  • Jabez Resort
  • Celyn Resort
  • Strawberry Garden Hotel
  • Cottage Hotel

Bagi yang bercuti di Sabah bersama keluarga,

mungkin korang boleh menginap di homestay Kundasang seperti berikut:

  • Sling & Stone Kundasang
  • Sinurambi
  • Satinah Homestay
  • Salman Homestay
  • Almeera
  • Strawberry Resthouse Mesilau
  • Sulap
  • Kivatu Homestay
  • Baloi A.S Guesthouse
  • Anjung Jamsari
  • Alpine
  • Cinta Villa Homestay
  • Big Rock
  • S Homestay
  • Wind Valley Farmstay
  • Midori Homestay
  • Little Hut
  • May Homestay
  • Julie Homestay
  • The Purple Cottage
  • Rose Homestay
  • Kopi Valley
  • Sakura Villa Mesilau
  • Blue Mount Homestay
  • Berries Residence
  • Mesilau Cliff’s Homestay
  • T Paradise
  • Soboroong Farmer’s Cottage
  • Marabahai Kampung Stay
  • Kalangadan Villa
  • Hatimah
  • Bonsai Villa @Mesilau
  • Inap Desa Qistina
  • Umies Homestay
  • Lamin Kopio
  • Seribu 1 Homestay
  • Ren-Hana KampungStay
  • Ceaser’s Place
  • Nik Gold
  • Suang Noh
  • Hidden Hill Kundasang
  • Kundasang Tiny House
  • Dongorit Cabin
  • The Hill Kinabalu

Sebenarnya,

banyak lagi tempat penginapan homestay di Kundasang,

Korang kena bijak memilih & buat survey…!

Oh ya…

Jika korang menginap di homestay di Kundasang dan Kota Kinabalu,

pasti korang nak cari kereta sewa pandu sendiri kan?

sewa kereta pandu sendiri dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu ya,

bukannya dah sampai Kundasang,

baru nak cari kereta sewa… 😉


Tips Bercuti Ke Sabah

Rancang Percutian Anda

percutian keluarga di sabah
Pemandangan waktu senja di Waterfront Kota Kinabalu

Sebelum  melancong  ke Sabah,

anda haruslah  rancang percutian terlebih dahulu agar percutian anda menjadi lebih teratur dan lancar.

Kaji tempat yang ingin anda lawati  dan

buat kiraan kos untuk bajet percutian anda agar tidak ‘overcost’

dan yang paling penting jangan bercuti semasa cuti sekolah

ataupun ‘peak season’ confirm jalan sesak lagi-lagi yang hendak ke Kundasang.

Jika anda hanya ada masa bercuti di waktu cuti sekolah,

rancang percutian anda di waktul awal cuti sekolah bermula.

Tempah Tiket Penerbangan Lebih Awal

melancong ke kundasang
Tempah tiket penerbangan seawal mungkin

Sekiranya anda ingin berjimat cermat ketika bercuti di Sabah,

tempah tiket penerbangan awal sekurang-kurang 3 ataupun 6 bulan sebelum bercuti ke Sabah.

Ini kerana harga tiket jauh lebih murah jika membuat tempahan awal dan

sekiranya bercadang untuk terus ke Kundasang

disyorkan pilih masa penerbangan awal ke Kota Kinabalu samada pagi ataupun tengahari.

Sekiranya anda sampai lewat petang ataupun malam,

sebaiknya bermalam di Kota Kinabalu dahulu dan keesokkan harinya baru

bertolak ke tempat yang ingin anda lawati.

Psstt….

sila simpan resit imigresen Sabah. Sebab nak kena bagi balik semasa nak balik nanti.

Rancang Jadual Perjalanan

bercuti di kundasang
Pemandangan di luar Desa Cattle Dairy Farm

Rancang jadual perjalanan anda sebelum bercuti ke Sabah.

Senaraikan tempat-tempat yang anda cadang untuk lawati untuk

memudahkan perjalanan anda di Sabah.

Sekiranya anda bercadang untuk bercuti 4 hari 3 malam,

anda disyorkan susun jadual perjalanan mengikut tempat yang jauh dahulu

untuk menjimatkan masa dan tenaga.

Sebagai contoh,

anda bercadang untuk bercuti di Kota Kinabalu dan Kundasang,

anda perlu pergi ke Kundasang dahulu kerana jarak dan perjalanan dari

KK ke Kundasang mengambil  masa lebih kurang 2 jam,

di sini anda boleh bajet masa untuk berjalan-jalan ke tempat yang ada dalam senarai lawatan.

Sekiranya anda tiada idea nak ke mana,

kami akan kongsikan jadual perjalanan 4 hari 3 malam untuk rujukan anda dan

kami juga anda kongsikan tempat-tempat menarik yang ada di Sabah di akhir entri ini.


PSSTT…!

Untuk Itinerary lengkap 4 hari 3 malam,

Boleh rujuk di post bawah ni ya…!

Itinerary 4 hari 3 malam di Sabah – Kota Kinabalu/Kundasang


Kereta Sewa Di Sabah

melancong ke sabah
Antara Jenis kereta sewa di Sabah

Untuk yang tak berapa gemar ambil pakej percutian dan nak berjimat,

pilihan yang  tepat adalah sewa kereta di Kota Kinabalu.

Selepas menempah tiket penerbangan ke Kota Kinabalu anda bolehlah membuat

tempahan kereta sewa lebih awal.

Banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu dan

salah satunya Suza Holidays Sdn Bhd.

Jika memerlukan kereta sewa di Kota Kinabalu,

boleh hubungi Suza Holidays untuk tempahan kereta sewa.

Penghantaran ke Lapangan Terbang dan sekitar Kota Kinabalu adalah percuma

dan anda juga boleh korek tip perjalanan di Sabah dari staff Suza Holidays

ketika mereka membuat penghantaran kereta.

Psst…

kalau sewa lebih dari 3 hari ada diskaun tau.

Hati-hati juga dengan Scammer yang menawarkan harga jauh lebih murah dari pasaran.

Mereka mengiklankan servis sewa kereta murah yang tidak masuk akal.

Mereka juga akan memancing pelanggan untuk bank in duit tempahan supaya

pelanggan dapat menempah kereta sewa murah berkenaan pada tarikh yang dimahukan.

Banyak kali juga kami menerima aduan daripada pelanggan,

bila sampai sahaja di Airport Kota Kinabalu,

kereta yang dijanjikan tidak sampai-sampai!

Naya…!

Nak-nak lagi pada waktu Peak Season,

alamat memang susah nak dapat kereta on the spot!

Habis rosak plan bercuti anda di Sabah… huhu

Cari Penginapan di Kota Kinabalu & Kundasang

Antara salah satu penginapan terbaik di Kundasang

Bagi yang bercuti secara berkumpulan atau berkeluarga

anda disyorkan mengambil penginapan homestay.

Kerana homestay ni besar boleh memuatkan 5-10 orang dalam satu-satu masa

mengikut keluasan rumah dan kebanyakan homestay

semuanya adalah full furnish dan boleh memasak.

Menginap di homestay lagi jimat berbanding menginap di hotel,

tetapi bagi yang pergi bercuti berdua ataupun bertiga kami sarankan anda menginap di hotel.  


PSSSssstt….

Anda nak tahu penginapan homestay yang terbaik di Kota Kinabalu?

Jom baca post di bawah:

5 Homestay Terbaik di Kota Kinabalu untuk Percutian Keluarga – 2022/2023


Kedai Makan di Kundasang

bercuti di pulau sabah
Restoran Panataran

Untuk pengetahuan anda,

di Pekan Kundasang tak banyak pilihan kedai atau gerai makan.  

Antara kedai makan yang boleh dituju,  

jika dari KK menuju ke Kundasang roundabout Kobis belah kanan,

ada terletaknya kedai makan Intan Restaurant & Hidayah Restaurant.

Selain dua kedai makan ni

ada lagi kedai makan yang ada di kundasang tetapi jauh dari pekan Kundasang.

Antaranya;

  1. Selera Kebun
  2. Syah Adila Restaurant
  3. Puteri Nabalu Restaurant
  4. Hoga Café
  5. BW Bus
  6. D’Hati Corner
  7. Restoran Masjid Jamek Kundasang
  8. Restoran Panataran
  9. H Benjamin Café
  10. Balsam Café
  11. Sayap Madu Wak Ali

Tips Percutian ke Kundasang

  • Jika korang rancang nak BBQ di homestay Kundasang, kami cadangkan beli barang basah di Kota Kinabalu, bukannya Kundasang. Ini kerana harga barang basah di Kota Kinabalu lebih murah berbanding di Kundasang. Kat Kundasang, yang murah, semestinya sayur…! 🙂
  • Keluar dari penginapan korang di Kundasang seawal jam 6.30 pagi. View gunung Kinabalu memang sangat jelas pada waktu ini.
  • Jika korang menyewa kenderaan manual, seperti van, pastikan tidak ‘gantung clutch’ semasa menaiki bukit di Kundasang. Ini bagi mengelakkan kerosakkan pada sistem clutch. Jika rosak, pasti syarikat kereta sewa akan minta ganti rugi daripada korang.
  • Pastikan penginapan di Kundasang mempunyai water heater yang berfungsi dengan baik. Cuaca sejuk di Kundasang memang akan menyukarkan korang untuk mandi pagi…!
  • Pastikan korang membawa pakaian tebal yang sesuai untuk cuaca sejuk di Kundasang.
  • Pastikan juga korang membawa ubat-ubatan dan minyak angin semasa percutian di Kundasang.
  • Pastikan parking kenderaan korang betul-betul di tepi jalan semasa berhenti di highway menghala ke Kundasang. Ini kerana, jalan agak sempit , berliku dan banyak lori-lori dan bas besar melalui highway tersebut.
  • Pastikan korang merancang perjalanan sebelum memandu ke Kundasang. Elakkan memandu pada waktu malam. Ini kerana sepanjang perjalanan ke Kundasang adalah gelap kerana tidak mempunyai lampu jalan.

Untuk anda yang bercuti sekeluarga dan hendak merancang menyewa

kereta sewa jenis MPV di Kota Kinabalu,

Baca dlu post ni ya…

SEWA KERETA MPV DI KOTA KINABALU


    30 Lokasi Menarik Di Kundasang & Ranau

    KundasangArea Kg Mesilau
    1. Maragagang Hill
    2. Mesilau Highland Strawberry Farm
    3. Mesilau Cat’s Village
    4. Desa Dairy Farm
    5. Sosodikon Hill
    6. Jic Seng Nursery
    7. ATV Borneo Adventure

    Area Pekan Kundasang
    1. Kundasang War Memorial
    2. Gerai Sayuran & Buahan Kundasang
    3. Crystal Hill
    4. Tinorindak Hill

    Dari Pekan Kundasang ke Mesilau
    1. Alpaca Club
    2. Culvert View

    Dari KK OTW ke Kundasang
    1. Pekan Nabalu
    2. Kinabalu Park
    3. Kundasang Mount Valley Recreation

    Dari Kundasang OTW ke Ranau
    1. BW Bus Restaurant
    2. Little Wonderland
    3. Arnab Village
    4. Hamster World
    Ranau1. Ranau Rabbit Farm
    2. Bombon Kg Marakau
    3. ATV & Ranau Paragliding Park
    4. Sungai Biru Lohan Ranau
    5. Luanti Fishspa
    6. Sabah Tea
    7. Poring Hotspring
    8. Lohan Paragliding Valley
    9. Adenna Rafflesia Garden
    10. Damai Eco Ranch
    11. Arnab Farm Sejati
    12. Kinomulok Garden
    Jadual Lokasi Bercuti Di Sabah


    35 Lokasi Menari Di Kota Kinabalu

    1. Masjid Bandaraya @ The Floating Mosque Kota Kinabalu
    2. Menara Tun Mustapha/Yayasan Sabah
    3. Muzium Kota Kinabalu
    4. Masjid Negeri Sembulan
    5. Pulau Manukan
    6. Pulau Sapi
    7. Pulau Gaya
    8. Pulau Mamutik
    9. Pulau Mari-Mari Sepanggar
    10. Waterfront Seafood Nightmarket
    11. I LOVE KK Sign
    12. Street Art Graffiti Gallery
    13. Pasar Gaya
    14. Cowboy Town Tuaran
    15. Kota Kinabalu Waterfront
    16. Pantai Tanjung Aru
    17. Perdana Park
    18. Marine Museum Kota Kinabalu
    19. Kota Kinabalu Wetland Centre
    20. Kokol Haven Resort
    21. Shangri-la Rasa Ria Resort Nature Reserve
    22. Zip Borneo
    23. Double Six Monument
    24. Signal Hill Observatory Platform
    25. Mari-Mari Cultural Village
    26. Taman Hidupan Liar Lok Kawi
    27. Jesselton Point Waterfront
    28. Kota Kinabalu Upside Down House
    29. Jambatan Gantung Tamparuli
    30. Kiulu Water Rafting
    31. Atkinson Clock Tower
    32. Borneo Ant House
    33. Chocolate Factory
    34. Pasar Filipina
    35. Jamilah Jewellery

    Kami berharap

    anda dapat sedikit sebanyak kebaikan di dalam post pada kali ini.

    Kami juga mendoakan jika anda berhajat datang bercuti di Sabah,

    especially di Kota Kinabalu & Kundasang,

    “Semoga perjalanan anda sekeluarga datang ke sini dipermudahkan…”


    bercuti di kundasang bercuti di sabah car rental airport kota kinabalu car rental kkia car rental kota kinabalu daytrip kota belud kereta sewa kota kinabalu melancong ke sabah pakej murah sabah pakej percutian kundasang pakej percutian sabah percutian di sabah pulau mantanani sabah tour package sewa mpv kotakinabalu sewa van kota kinabalu

    Leave a Reply