Skip to main content

Itinerary Sabah 4 hari 3 malam, pakej percutian yang paling sesuai dan Recommended jika anda pertama  kali ke Sabah,

especially Kota Kinabalu & Kundasang.

Lebih-lebih lagi bila bercuti bersama keluarga dengan bilangan ahli keluarga yang agak ramai.

 

Mengapa?

Tips Penting!

Kerana lebih Ramai bilangan ahli keluarga,

lebih Murah bajet yang perlu disediakan untuk melancong ke Sabah.

 

Perjalanan di Sabah iaitu pakej “4H3M Kota Kinabalu-Kundasang” sudah disediakan malah boleh diubahsuai

mengikut permintaan anda jika ada tempat-tempat lain yang ingin dilawati mengikut kesesuaian jarak, masa, dan bajet anda.

 

itinerary 4h3m sabah

 

Kebiasaannya,

pihak agensi pelancongan akan memaklumkan kepada anda mengenai tempat tarikan pelancong yang termasuk dalam pakej

sebelum mengesahkan tarikh perjalanan dan meneruskan proses Booking Confirmation.

Perlu anda tahu bahawa proses penukaran tempat tarikan pelancong didalam Itinerary perlulah dilakukan sebelum membuat confirmation untuk tempahan.

Perkara ini bertujuan untuk mempermudahkan  perjalanan anda melawati tempat-tempat menarik di Sabah.

 

Berikut ialah susun atur jadual perjalanan itinerary Sabah 4 hari 3 malam Kota Kinabalu-Kundasang.

 

Itinerary Sabah 4 Hari 3 Malam – Kundasang

 

Tidak banyak dilakukan pada hari Pertama kerana

kemungkinan anda yang datang melancong ke Sabah ialah pelancong ‘Kali Pertama’.

 

Oleh itu,

kurang sesuai bila pada hari pertama dipenuhi dengan jadual yang padat dan melawat banyak tempat.

Jadi setibanya pelawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota-Kinabalu (KKIA),

pelawat akan dijemput menggunakan Van ataupun kereta yang disediakan oleh pihak agensi dan dibawa untuk

‘cari makan’, menunaikan aktiviti ibadah, dan membeli barangan keperluan sekitar pasaraya Kota Kinabalu.

 

Selepas itu meneruskan perjalanan ke Kundasang yang mengambil masa lebih kurang 2jam 15minit

daripada pusat Bandaraya Kota Kinabalu.

Sambil on the way  ke Kundasang,

anda dibawa ke tempat tarikan pelancong pertama iaitu Rumah Terbalik Sabah,

Rumah terbalik pertama di Malaysia yang sangat unik, segala-galanya terbalik di kawasan luar dan dalam rumah termasuk

sebuah kereta Perodua Kancil yang diparkir di kawasan kediaman rumah, sangat mengagumkan.

 

itinerary kundasang 4h3m

 

Daripada sana,

pelawat dibawa melawati Jambatan Gantung Tamparuli,

jambatan gantung yang menjadi kebanggaan rakyat Sabah kerana telah menarik ramai pelancong daripada dalam dan luar negera.

Ramai juga yang tanya,

“Apa aktiviti yang dilakukan di sana ya?”

Jom saksikan video di bawah:

 

 

 

 

OPS!

Korang tercari-cari Van beserta pemandu yang berpengalaman di Kota Kinabalu?

Jom tengok post di bawah! 

kereta sewa dengan driver

Sewa Van Dengan Pemandu Di Kota Kinabalu

 

 

 

Selepas Jambatan Gantung Tamparuli,

40minit sebelum sampai Pekan Kundasang,

pelawat dibawa singgah ke Pekan Nabalu, Tamu kecil tempat peniaga menjual buah-buahan eksotik, sayuran dan

makanan-makanan ringan tempatan yang dihasilkan dengan cara tradsional termasuk kraftangan yang mencerminkan

budaya masyarakat disitu.

 

Sangat sesuai dijadikan buah tangan untuk ahli keluarga atau sahabat-sahabat yang tidak sempat berkunjung ke ‘Negeri di Bawah Bayu’ ini.

Di Pekan Nabalu ada satu ruang santai yang menyajikan pemandangan Gunung Kinabalu yang memukau,

terlalu menawan untuk dijadikan Background bergambar seisi keluarga!

 

Perjalanan diteruskan pula untuk melawati Taman Negara Kinabalu,

iaitu lokasi  dimana bermulanya ekspedisi pendaki-pendaki untuk menawan Gunung Kinabalu.

 

Di sini,

anda sekali gus boleh mengambil peluang untuk mengetahui informasi penting

jika berminat untuk menawan Gunung Kinabalu pada masa akan datang, dan melawat kawasan-kawasan sekeliling.

 

Sesudah itu,

anda dibawa untuk menuju ke Homestay ataupun Hotel yang sudah disediakan pihak agensi untuk menginap semalaman

di Tanah Tinggi, Kundasang.

 

Pada masa ini,

anda digalakkan untuk membuat aktiviti Barbeque supaya dapat merancakkan suasana malam hari bersama seisi keluarga

sebelum berehat untuk aktiviti seterusnya esok hari.

 

Itinerary Sabah 4 hari 3 malam pada hari kedua dimulakan seawal yang mungkin,

Check-out daripada Homestay atau Hotel untuk melawati Desa Dairy Farm,

New Zealand Malaysia yang popular di kalangan rakyat Sabah khususnya di seluruh Negara.

Salah satu tempat yang menarik untuk dilawati di Kundasang!

Lembu yang berada disini adalah baka import daripada luar negara iaitu New Zealand dan Australia

yang menghasilkan lebih 800,000 liter susu setahun.

DAHSYAT!

 

itinerary 4 hari 3 malam kundasang

 

Selain itu,

pelawat juga boleh menikmati aiskrim istimewa pelbagai perisa dan produk tenusu yang lain seperti

yogurt dan susu kambing pelbagai perisa sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan dan menenangkan.

Selesai meluangkan masa di Desa Dairy Farm,

pelawat dibawa ke War Memorial yang berada betul-betul di tengah Pekan Kundasang.

 

war memorial itinerary 4h3m kundasang

 

 

Sebenarnya War Memorial Kundasang ini

adalah tugu peringatan perang bagi memperingati pejuang British dan Australia yang terkorban berarak daripada

kem tahanan perang Sandakan menuju ke Ranau suatu ketika dulu.

War Memorial mempunyai beberapa Taman khas yang dihias dengan pelbagai jenis bunga-bungaan.

Selain menikmati pemandangan sekitar taman,

anda juga berpeluang menambah ilmu pengetahuan mengenai sejarah yang tertulis di dinding-dinding taman dan

mengambil di sudut yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.

Kemudian,

Arnab Village adalah destinasi seterusnya untuk anda meluangkan masa.

Bersama 8 spesis arnab  yang ada,

haiwan mamalia ini dilepaskan bebas untuk diberi makan dan bermain-main bersama anda.

 

arnab village itinerary 4h3m kundasang

 

Arnab Village juga ada beberapa tarikan lain seperti beberapa spesis kucing, Hamster, kedai kraftangan dan lain-lain lagi.

Anda juga boleh menikmati alam hijau dalam perjalanan ke destinasi ini.

 

Sesudah itu,

anda dibawa menuju ke Fishspa Tagal Luanti, Kampung Marakau, Ranau.

Fish spa atau Fish Massage ini sangat terkenal dikalangan orang tempatan kerana disini

terdapat satu spesis ikan air tawar yang hidup secara semulajadi dan menjadi tarikan untuk pelawat.

Mengapa tidak?

Ikan ini secara lembut memakan sel-sel mati yang terdapat di kulit kaki dan menimbulkan rasa seronok.

Kemudian diistilahkan sebagai Fish Massage kerana rasa seperti kaki diurut oleh ikan Kelah yang terdapat di sini.

 

fishspa itinerary 4 hari 3 malam kundasang

 

Sabah Tea,

lokasi lain yang menjadi tujuan untuk dilawati oleh anda.

Tempat yang menjadi kebanggaan Rakyat Sabah kerana menghasilkan produk tempatan dan dipasarkan secara meluas di seluruh Negara.

Anda akan dibawa untuk menikmati suasana sekitar dan mengetahui cara pembuatan dan penghasilan Teh yang berkualiti.

Guest juga dibawa untuk melihat produk-produk lain dan meminum teh sambil menikmati pemandangan

bukit bukau di sekitar lokasi Sabah Tea ini.

Kemudian,

anda akan dibawa menyelusuri jalan Ranau menuju Poring Hotspring,

mata air panas yang paling popular dalam kalangan pelancong di daerah Ranau.

 

poring itinerary 4 hari 3 malam kundasang

 

Disini,

anda boleh menikmati mata air panas semulajadi dan bermandi-manda bersama keluarga.

Mata air panas ini terhasil kesan daripada lingkaran gunung berapi bawah tanah yang memanaskan mata air tersebut.

 

Pilihan lain terdapat banyak kolam mandian yang luas selain Canopy Walk,

jambatan gantung yang dibina menghubungkan pokok-pokok Tualang yang terdapat di kawasan sekitar Poring Hotspring,

mampu menguji tahap gayat pelawat!

 

Agak mencabar tetapi sangat mengagumkan kerana terdapat satu check-point yang menyajikan

pemandangan Gunung Kinabalu daripada atas pokok Tualang berketinggan lebih kurang 80-120 meter.

 

Bayangkan!!! memang gayat weh…! 

Selesai mandi-manda,

menikmati mata air panas, dan pemandangan Gunung Kinabalu daripada atas pokok,

anda dibawa semula ke Kundasang Market atau Fruit Stall.

Anda boleh membeli buah-buahan tropikal eksotik yang terdapat disini untuk dinikmati sementara

menikmati perjalanan pulang ke Kota Kinabalu dan berehat di Hotel atau Homestay yang telah disediakan.

Itulah perjalanan untuk hari kedua,

Memang berbaloi dan puashati!

 

 

PssSSsT…

Jom baca juga

“5 Homestay Terbaik di Kota Kinabalu Sabah Untuk Percutian Keluarga 2022/2023”

 

 

 

Itinerary Sabah  Hari 3 Malam – Kota Kinabalu

 

Anda memulakan hari ketiga di itinerary Sabah  hari 3 malam ini dengan melawat

Taman Negara Tunku Abdul Rahman iatu Pulau Manukan atau Pulau Sapi di sebelah pagi.

 

Beberapa aktiviti sudah disediakan termasuk Parasailing, Snorkeling, Sea Walking, Banana Boat, dan lain-lain lagi.

Anda boleh memilih aktiviti mana yang ingin dicuba,

tetapi kami cadangkan Parasailing dan Banana Boat.

Confirm Terhibur!!!

 

itinerary 4 hari 3 malam kota kinabalu

 

Selepas pulang menuju darat,

anda terus dibawa ke Pasar Philipino, pasar kraftangan menarik yang menawarkan barangan kraftangan tempatan,

sangat sesuai untuk dibawa pulang sebagai buah tangan untuk ahli keluarga yang tidak berkesempatan untuk melancong ke Sabah.

Pasar Ikan kering dan sejuk beku juga berada berhampiran jadi anda bolehlah ‘cuci-cuci mata’,

manatahu ada yang nak dibeli kan?

 

Jadi,

untuk memastikan masa yang ada diisi dengan aktiviti yang best,

anda dibawa ke Jamilah Jewellery, kedai yang menjual perhiasan mutiara tiram yang sangat unik!

Kemudian,

anda juga akan dibawa ke Cocoa Kingdom dan berpeluang untuk merasai produk koko dan mendapat maklumat

mengenai cara untuk menghasilkan koko dan produk-produk koko yang terbaik!

 

Daripada Jamilah Jewellery ke Cocoa Kingdom,

cuma mengambil masa lebih kurang 10-15minit,

jadi tidaklah jauh sangat.

 

Anda sangatlah beruntung kerana berpeluang untuk pergi ke salah satu tempat yang paling ramai dikunjungi

kerana pemandangan matahari terbenam yang sangat indah, iaitu Pantai Tanjung Aru.

 

pantai tanjung aru itinerary 4 hari 3 malam kota kinabalu

 

 

Di sini,

terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan ringan dan jus-jus buah tropika yang menyejukkan anak tekak,

jadi tidaklah pelawat menikmati Sunset dalam keadaan haus dan lapar.

 

Turunnya matahari menandakan waktu maghrib,

selepas itu pelawat dibawa untuk makan malam di Todak Waterfront Hawker Centre,

untuk menikmati makanan laut yang segar.

 

Terletak betul-betul ditepi laut,

sesuai untuk anda merasai keadaan makan malam Open Air bersama makanan laut, aneka resipi.

 

Selesai makan malam,

anda dihantar ke Hotel atau Homestay yang telah disediakan,

membuat persiapan untuk hari terakhir di Kota Kinablu pada keesokan harinya, dan berehat.

 

Hari terakhir di itinerary Sabah 4 hari 3 malam ini,

selepas anda check-out daripada hotel atau homestay di Kota Kinabalu,

anda akan dibawa ke Masjid Terapung atau Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

 

Masjid utama kedua dibina di Bandaraya Kota Kinabalu, dengan binaan yang unik!

 

Walaupun melawati masjid,

pelawat bukan Islam juga sudah disediakan tempat khas untuk bergambar di Masjid yang seakan Masjid An-Nabawi ini.

 

Daripada sini,

anda akan dibawa terus ke menara Yayasan Sabah Mercu tanda Negeri Sabah untuk mengambil gambar kenangan bersama keluarga.

 

pantai tanjung aru itinerary 4 hari 3 malam kota kinabalu

 

Maklumlah,

sudah ke Sabah, kenalah pula ada bukti kan?

Jadi lokasi ini sering dijadikan kenangan anda sudah pernah ke Sabah.

 

Sesudah itu masa yang terluang diisi dengan melawat Signal Hill Observatory Tower.

Lokasi untuk melihat pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu yang sibuk.

Perjalanan cuma sekitar 20minit daripada Yayasan Sabah menuju ke tempat ini.

 

Jadi anda boleh bersantai dan mengambil gambar kenangan disini sebelum pergi melawat Muzium Negeri Sabah.

 

Muzium Negeri Sabah,

salah satu tempat yang wajib dilawati kerana banyak perkara yang menarik disini yang antaranya ialah

tulang ikan paus Bryne yang terbesar di Malaysia,

yang sudah diiktiraf didalam Malaysian World Book Of Record.

 

muzium sabah itinerary

 

Anda juga ditawarkan untuk melawati Kilang Cake Lapis Sarawak,

dan menikmati produk kek lapis terbaik yang terdapat disini.

Setelah itu,

anda bolehlah rancang untuk mengisi masa melawat tempat pilihan sendiri sebelum dihantar

ke Lapangan terbang untuk berlepas pulang ke negeri asal.

 

Kesimpulannya,

perjalanan itinerary Sabah 4 hari 3malam Kota Kinabalu-Kundasan ini disediakan bertujuan mempermudahkan anda untuk

merancang perjalanan dengan baik bagi mengelak kecelaruan.

 

Bukan itu sahaja,

kami menawarkana lokasi dan tempat yang terbaik untuk dilawati serta dijamin anda akan berpuas hati.

 

Pihak kami berharap,

dengan Itinerary 4hari 3malam ini,

anda yang belum lagi berkesempatan untuk melawat Sabah,

terbantu untuk melunaskan hasrat tersebut.

Kami juga mendo’akan supaya anda diberi kesempatan untuk melancong ke Negeri Sabah.

 

Diharapkan agar,

suatu hari nanti, kita dapat berjumpa disini,

hati-hati ke mana pun anda melancong,

dan salam “Ease Your Journey”.

Jumpa Lagi!

suzaholidays.com

One Comment

Leave a Reply