Skip to main content

Kami di Suza Holidays amat berbangga dapat share info Homestay terbaik di Kota Kinabalu,

pada post kali ini! 😍😍😍

Menjelang musim cuti sekolah atau hujung minggu,

pasti ramai yang akan mengambil kesempatan untuk pergi melancong.

Sabah merupakan salah satu destinasi bercuti yang menjadi pilihan tidak kira

dalam kalangan pelancong dalam negeri mahupun luar negara.

Perkara utama yang sering difikirkan oleh pengunjung ketika melancong

ke sesebuah destinasi adalah tempat penginapan atau tempat tinggal.

Kebiasaannya,

antara tempat penginapan yang sering dicari oleh pengunjung adalah tempat

yang selesa, murah, bajet, dan jimat sama ada hotel atau HOMESTAY.

Selalunya,

homestay akan menjadi pilihan terutamanya bagi yang berkeluarga dan ingin tinggal

bersama-sama di dalam satu rumah.  

Penginapan berkonsepkan homestay di Kota Kinabalu adalah penginapan yang memenuhi

kriteria yang diinginkan oleh semua pengunjung.

Konsep homestay adalah pengunjung menginap di  satu unit rumah,

apartment atau kondominium.

Antara kelebihan homestay yang sering menjadi pilihan pengunjung adalah kerana

harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan mampu menampung jumlah muatan yang besar

di dalam satu unit pada satu masa. 😍😍😍

Di sini,

saya ingin berkongsi dengan anda antara 5 homestay terbaik di Kota Kinabalu yang sering menjadi

pilihan pengunjung ketika bercuti di Kota Kinabalu.

Marina Court Condominium Homestay Kota Kinabalu

Salah satu Homestay ‘HOT’ Di Kota Kinabalu Sabah

Marina Court Kondominium adalah homestay yang terletak di pusat bandar Kota Kinabalu.

Homestay ini merupakan pilihan yang sesuai bagi pelancong terutamanya

yang berkeluarga kerana memiliki ruang muatan yang luas dan sesuai untuk keluarga.

Satu unit kondominium boleh memuatkan dalam anggaran sehingga 8 hingga 10 orang.

Jika terdapat tambahan orang,

pengunjung akan dikenakan caj tambahan.

Di Marina Court,

terdapat 2 pilihan homestay iaitu  3 bilik dan 4 bilik kondominium atau lebih dikenali sebagai penthouse.

Setiap unit kondominium adalah fully furnished

yang tersedia, ruang tamu, ruang dapur, bilik tidur, dan bilik air. 😍😍😍

Dari balkoni kondominium boleh terlihat pemandangan bandar dan terdapat sesetengah unit yang melihatkan pemandangan laut.

Ruang Tamu

Ruang Bilik Master Bedroom

Ruang Balkoni

Antara kemudahan yang disediakan di Marina Court Condominium adalah seperti berikut :

  • Penghawa dingin
  • Kelengkapan dapur & makan
  • Peti sejuk
  • Cerek air
  • Tuala mandi
  • Seterika
  • Televisyen
  • Mesin basuh
  • WiFi percuma

Selain daripada itu,

tempat beriadah yang terletak di kawasan kondominium seperti kolam renang,

taman permainan kanak-kanak, dan gym 

boleh digunakan secara percuma oleh pengunjung yang datang menginap di sana. 😄😄😄

Keselamatan pengunjung juga terjaga

kerana setiap pengunjung yang ingin masuk ke kawasan Marina Court akan

diperiksa oleh pengawal keselamatan yang bertugas di pintu masuk utama.

Setiap unit disediakan tempat letak kereta khas serta access card 

sebagai pas masuk dan akan digunakan semasa proses check in ke homestay.

Di samping itu,

pengunjung boleh membeli keperluan asas di kedai serbaguna yang terletak di blok C

serta boleh keluar berjalan kaki di sekitar kawasan Marina Court seperti Oceanus Waterfront Mall,

A Square Night Market, Api-Api Centre dan Pasar Filipina untuk mencari

kedai makan dan kedai serbaguna. 😄😄😄

Antara tempat yang boleh dicadangkan adalah :

  • Oceanus Waterfront Mall – 350m
    • Warisan Square – 450m
    • Centre Point Sabah – 500m
    • Anjung Senja – 550m
    • Plaza Wawasan – 550m
    • Imago Shopping Mall – 850m
    • KK Waterfront / Todak Waterfront – 1.1km
    • Pasar Filipina – 1.2km
    • Wisma Merdeka – 1.4km
    • Wisma Sabah – 1.4km
    • Suria Sabah – 1.6km
    • Jesselton Point – 2.1km
    • Kota Kinabalu International Airport (KKIA) – 7.4km

Sutera Avenue

Terletak di Jalan Coastal,

Sembulan berdekatan dengan Imago Shopping Mall dan bersebelahan dengan Harbour City.

Penginapan keluarga di Kota Kinabalu iaitu Sutera Avenue ini mempunyai beberapa pilihan homestay  

seperti homestay 2 bilik, 3 bilik, dan 4 bilik.

Semua homestay yang tersedia adalah fully furnished dengan ruang tamu bersambung

dengan dapur, bilik tidur, dan bilik air. 😄😄😄

Had muatan adalah terhad iaitu:

  • 2 bilik had muatan yang disarankan adalah hanya 3 hingga 6 muatan sahaja.
  • 3 bilik had muatan yang disarankan adalah hanya 6 hingga 10 muatan sahaja.
  • 4 bilik had muatan yang disarankan adalah hanya 8 hingga 12 muatan sahaja.

Antara kemudahan yang disediakan di Sutera Avenue adalah seperti berikut :

  • Penghawa dingin
  • Kelengkapan dapur & makan
  • Ketuhar / “oven”
  • Mini toiletries
  • Peti sejuk
  • Penapis air / Cerek air
  • Tuala mandi
  • Seterika
  • Pengering rambut / “hair dryer”
  • Televisyen
  • Mesin basuh
  • WiFi percuma

Pengunjung haruslah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan

oleh pihak pengurusan untuk mengelakkan perselisihan faham.

Sebagai contoh,

jika pengunjung tidak mematuhi had muatan yang telah ditetapkan,

pihak pengurusan berhak mengenakan caj tambahan kepada pengunjung.

Antara keunikan yang terdapat di homestay Sutera Avenue adalah terdapat kolam renang

dan taman permainan kanak-kanak di rooftop

yang membolehkan anda untuk melihat dengan jelas pemandangan bandar Kota Kinabalu

dan matahari terbenam di waktu petang.

Untuk menggunakan kemudahan kolam renang,

pengunjung dinasihatkan untuk membuat tempahan awal sekurang-kurangnya

1 jam sebelum melakukan aktiviti.

Tambahan lagi,

pengunjung boleh hanya berjalan kaki menuju ke KK Times Square dan Imago Shopping Mall

dengan menggunakan jejantas dan trek pejalan kaki yang disediakan. 😄😄😄

Tempat -tempat yang boleh dikunjungi adalah :

  • Imago Shopping Mall – 850m
    • KK Terminal Bas – 850m
    • KK Times Square – 900m
    • Tugu Peringatan Double Six – 1.2km
    • Sutera Harbour – 1.3km
    • Masjid Negeri Sabah – 1.5km
    • Stesen Kereta Api Sembulan – 1.7km
    • Pasar Filipina – 1.9km
    • KK Waterfront / Todak Waterfront – 2.4km
    • Muzium Sabah – 2.3km
    • Wisma Merdeka – 2.3km
    • Suria Sabah – 2.5km
    • Jesselton Point – 3km
    • Sabah Art Gallery – 3.7km
    • Pantai Tanjung Aru – 4.1km
    • Kota Kinabalu International Airport (KKIA) – 6.2km

The Loft Imago

The Loft Imago terletak bersebelahan dengan KK Times Square.

Antara tarikan penginapan keluarga di Kota Kinabalu ini adalah

anda dapat berkunjung ke Imago Shopping Mall yang merupakan pusat membeli-belah

yang terbesar di Kota Kinabalu dengan hanya berjalan kaki sahaja.

Homestay ini amat sesuai untuk menjadi pilihan utama khususnya bagi

sesiapa yang gemar membeli-belah. 😄😄😄

Homestay ini mempunyai beberapa pilihan unit iaitu 1 bilik, 2 bilik, 3 bilik, dan 4 bilik.

Semua homestay yang tersedia adalah fully furnished dengan ruang tamu,

ruang dapur, bilik tidur, dan bilik air .

Had muatan adalah terhad seperti berikut :

  • 1 bilik had muatan yang disarankan adalah 2 hingga 4 orang sahaja.
  • 2 bilik had muatan yang disarankan adalah 5 hingga 6 orang sahaja.
  • 3 bilik had muatan yang disarankan adalah 6 hingga 10 orang sahaja.
  • 4 bilik had muatan yang disarankan adalah 8 hingga 13 orang sahaja.

Antara kemudahan yang disediakan di The Loft Imago adalah seperti berikut :

  • Penghawa dingin
  • Kelengkapan dapur & makan
  • Peti sejuk
  • Cerek air
  • Ketuhar / “oven”
  • Tuala mandi
  • Toiletries
  • Seterika
  • Pengering rambut / “hair dryer”
  • Televisyen
  • Mesin basuh
  • WiFi percuma

Selain daripada itu,

terdapat banyak kemudahan lain yang disediakan di sekitar kawasan homestay.

Terdapat kolam renang, taman permainan kanak-kanak, gelanggang bola keranjang,

taman, jogging track, laluan reflexologi dan gym disediakan. 😄😄😄

Pengunjung boleh menggunakan kemudahan yang disediakan untuk melakukan

aktiviti riadah dan meluangkan masa bersama keluarga.

Di samping itu,

tempat letak kereta juga turut disediakan bagi pengunjung yang melancong

menggunakan kereta sendiri.

Access card’ juga akan diberikan kepada pengunjung ketika urusan check in ke homestay.

Terdapat juga pengawal keselamatan yang akan bertugas di sekitar kawasan The Loft Imago.

Antara kelebihan yang terdapat di The Loft Imago adalah

homestay ini terletak berdekatan dengan pusat membeli-belah dan pengunjung boleh

berjalan kaki sahaja sekiranya ingin membeli keperluan peribadi dan mencari tempat makan.

Pengunjung juga dapat menghayati pemandangan laut dan bandar dari

The Loft homestay sambil melihat matahari terbenam pada sebelah petang.

Antara tempat berdekatan yang boleh dikunjungi adalah :

  • KK Times Square – 350m
    • Anjung Senja – 450m
    • Wawasan Plaza – 550m
    • KK Terminal Bas – 550m
    • Harbour City – 1km
    • Sutera Avenue – 1.1km
    • Warisan Square – 1.2km
    • Centre Point Sabah – 1.3km
    • Pasar Filipina -1.4km
    • Sutera Harbour – 1.7km
    • Tugu Peringatan Double Six – 1.7km
    • KK Waterfront / Todak Waterfront – 1.9km
    • Masjid Negeri Sabah – 2km
    • Wisma Merdeka – 2.1km
    • Stesen Kereta Api Sembulan – 2.3km
    • Suria Sabah – 2.3km
    • Jesselton Point – 2.8km
    • Sabah Art Gallery – 3.8km
    • Pantai Tanjung Aru – 4.6km
    • Kota Kinabalu International Airport (KKIA) – 6.7km


Ops! Jap….

Jom tengok post Van Sewa di Kota Kinabalu ni


Aru Suites

Terletak di Tanjung Aru,

lebih kurang 5 km dari bandar Kota Kinabalu dan 1.5km dari

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).  

Semua homestay yang disediakan adalah fully furnished

dengan ruang tamu bersambung dengan ruang dapur dan ruang makan,

2 bilik tidur, dan 2 bilik air .

Anggaran muatan yang boleh ditampung dalam satu unit pada satu masa adalah

antara 4 hingga 5 orang.

Sebarang lebihan muatan akan dikenakan caj tambahan.

Antara kemudahan yang disediakan :

  • Penghawa dingin
  • Kelengkapan dapur & makan
  • Peti sejuk
  • Cerek air
  • Ketuhar / “oven”
  • Periuk nasi
  • Tuala mandi
  • Toiletries
  • Seterika
  • Pengering rambut / “hair dryer”
  • Televisyen
  • Mesin basuh
  • Extra mattress
  • WiFi percuma

Antara keistimewaan Aru Suites  adalah

pengunjung boleh menggunakan kemudahan seperti kolam renang yang terletak

di kawasan rooftop sambil menghayati pemandangan lapangan terbang dan matahari terbenam.

Terdapat juga kemudahan seperti gym untuk beriadah dan

dewan konferensi atau conference hall disediakan sekiranya terdapat pengunjung

yang  datang ke Kota Kinabalu atas urusan kerja.

Tambahan lagi,

tempat letak kereta yang tersedia adalah berkonsepkan automated parking

mengikut nombor kad akses yang disediakan untuk setiap pengunjung.

Terdapat juga pengawal keselamatan yang bertugas di sekitar kawasan homestay.

Di samping itu,

kedai makan dan kedai runcit juga banyak boleh dijumpai di kawasan berhampiran homestay

untuk memudahkan anda membeli sebarang keperluan.

Pengunjung juga boleh berkunjung ke pantai Tanjung Aru untuk beriadah di kawasan pantai,

membeli makanan, dan mengambil gambar berlatar belakangkan

matahari terbenam pada waktu petang.

Antara tempat berdekatan yang boleh dikunjungi :

  • Perpustakaan Tanjung Aru – 700m
    • Tanjung Aru Plaza – 800m
    • Perdana Park – 850m
    • Cocoa Kingdom – 1.1km
    • Pantai Tanjung Aru – 1.5km
    • Masjid Negeri Sabah – 2.1km
    • Shangri La Tanjung Aru Resort – 2.3km
    • Aeropod Commercial Square – 2.5km
    • Muzium Sabah – 2.6km
    • Tugu Peringatan Double Six – 2.8km
    • Stesen Kereta Api Tanjung Aru – 2.8km
    • Sabah Art Gallery – 3.1km
    • Kota Kinabalu International Airport (KKIA) – 4.7km

OPS…! Jap!

Jom Tengok Post Kereta Sewa Di Kota Kinabalu Edisi 2022/2023


Cyber City Apartment Homestay Kota Kinabalu

Cyber City Apartment adalah homestay berkonsepkan apartment

yang terletak di Jalan Lintas, Kepayan dan mempunyai 2 fasa iaitu

Cyber City Apartment Fasa 1 dan Cyber City Apartment Fasa 2.

Lokasi homestay ini boleh dikatakan strategik kerana terletak hanya 5 minit

daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bergantung

kepada keadaan lalu lintas pada masa itu.

Bagi pengunjung yang membuat tempahan tiket penerbangan terutamanya pada awal pagi,

penginapan ini amatlah sesuai untuk mengelakkan anda daripada terlepas penerbangan.

Semua homestay yang disediakan di Fasa 1 dan 2 adalah fully furnished dengan ruang tamu,

ruang dapur, 2 hingga 3 bilik tidur, dan 1 bilik air .

Anggaran muatan yang boleh ditampung pada satu masa adalah :

  • 2 bilik homestay dianggarkan antara 4 hingga 6 orang.
  • 3 bilik homestay dianggarkan antara 6 hingga 8 orang.

Sebarang lebihan muatan akan dikenakan caj tambahan.

Antara kemudahan yang disediakan :

  • Penghawa dingin
  • Kelengkapan dapur
  • Peti sejuk
  • Cerek air
  • Tuala mandi
  • Seterika
  • Televisyen
  • Mesin basuh

Cyber City homestay juga dilengkapi kemudahan seperti kolam renang,

taman permainan kanak-kanak, gelanggang bola keranjang,

gym, dan tempat letak kereta.

Terdapat juga pengawal keselamatan yang bertugas di sekitar kawasan Cyber City Apartment.

Lain daripada itu,

gerai makanan mudah dijumpai di sekitar kawasan.

Pasar raya 99 Speedmart  juga terdapat di situ dan pengunjung boleh berjalan kaki

sekiranya ingin membeli sebarang keperluan dan membeli makanan. 😄😄😄

Antara tempat-tempat yang boleh dicadangkan adalah :

  • Kota Kinabalu International Airport (KKIA) – 4km
    • Aeropod Commercial Square – 6.2km
    • Cocoa Kingdom – 6.7km
    • Stesen Kereta Api Tanjung Aru – 6.8km
    • Perpustakaan Tanjung Aru – 7.7km
    • Perdana Park – 8km
    • Pantai Tanjung Aru – 8.6km
    • Tanjung Aru Plaza – 9.2km
    • Shangri La Tanjung Aru Resort – 9.5km

Ini adalah beberapa homestay atau penginapan

yang boleh dicadangkan kepada pengunjung yang ingin bercuti ke Kota Kinabalu.

Ada banyak lagi penginapan di kawasan Kota Kinabalu akan tetapi ini adalah

antara homestay yang sering menjadi pilihan tidak kira pengunjung dari Sabah,

Sarawak dan juga dari Semenanjung Malaysia kerana lokasi yang strategik dan harga yang berpatutan.

Disarankan kepada pengunjung untuk membuat carian tempat-tempat yang dicadangkan di atas sebelum merancang perjalanan anda untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham.

Rancanglah perjalanan anda dengan sebaik mungkin dan

teratur agar anda dapat menikmati percutian dengan santai dan berjalan lancar.

Sebagai cadangan,

anda boleh menyusun jadual perjalanan bermula dari bandar Kota Kinabalu menuju ke

Kundasang agar pengunjung tidak membuang masa untuk memikirkan tempat yang ingin dituju.

Sekiranya pengunjung masih ragu atau kurang pengetahuan tentang arah tuju atau tempat-tempat yang hendak dikunjungi,

anda bolehlah bertanya kepada syarikat pelancongan atau travel agent yang berdaftar.

Sekiranya anda memerlukan penginapan homestay di Kota Kinabalu dan Kundasang,

kami di Suza Holidays sedia membantu anda dalam membuat urusan tempahan.

Leave a Reply