Skip to main content

AKTIVITI 3 HARI 2 MALAM KUNDASANG 2025/2026

Merancang percutian ke Kundasang? Jika anda mencari idea lengkap untuk aktiviti 3 hari 2 malam di Kundasang 2025/2026,

blog ini akan memberikan anda panduan untuk pengisisan aktiviti anda!

Mengapa pilih aktiviti 3 hari 2 malam di Kundasang?

Impikan percutian yang menenangkan, pemandangan yang best, udara segar,

dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bila datang ke Sabah?

Kundasang adalah pilihan terbaik!

Dalam blog ini, saya akan kongsikan tempat-tempat menarik

yang wajib anda lawati serta tips perjalanan untuk menjadikan

percutian anda lebih seronok dan bermakna di Kundasang.


Jika korang merancang perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang

tetapi tak tahu nak menyewa kereta di mana?

Jangan risau! Anda bole menyewa kereta di sini: Kereta Sewa Di Kota Kinabalu

Kenapa perlu rancang Itinerari atau list aktiviti sebelum melancong?

Pendapat saya, saya lebih gemar untuk buat jadual perjalanan dan aktiviti ikut perancangan saya sendiri,

sebab apa?

  • Kewangan lebih terkawal – Boleh bajet perbelanjaan dengan lebih baik
  • Masa perjalanan lebih teratur – Tidak membuang masa mencari destinasi yang mahu dilawati
  • Dapat cover tempat-tempat menarik based on perancangan masa dan hari

Apa sahaja aktiviti yang best di Kundasang?

Banyak… Jom kita Explore Kundasang!

Itenerary Hari Pertama:

  1. Rumah Terbalik Tamparuli
  2. Pekan Nabalu
  3. Kinabalu Park
  4. War Memorial
Aktiviti 3 hari 2 malam di Kundasang

Rumah Terbalik Tamparuli yang Unik dan Pertama di Malaysia

Rumah Terbalik merupakan salah satu tarikan yang cukup menarik di Sabah.

Terletak kira-kira 40 km dari KKIA, tempat ini telah mendapat pengiktirafan dalam

Malaysian Book of Records sebagai rumah terbalik pertama di Malaysia. 

Jangan lepaskan peluang untuk singgah!

Seterusnya, Pekan Nabalu  adalah salah satu destinasi persinggahan wajib bagi pelancong tempatan dan antarabangsa.

Dahulunya, pekan ini dikenali sebagai “Perhentian Nabalu”. 

Aktiviti 3 hari 2 malam di Kundasang

View Gunung Kinabalu di Pekan Nabalu

Harga Tiket Lawatan: Free

Next stop seterusnya, ialah Kinabalu Park.

Kinabalu Park merupakan salah satu taman yang paling indah di dunia.

Aktiviti 3 hari 2 malam di Kundasang

Kinabalu Park merupakan salah satu tempat Port Bergambar yang popular Kundasang

Diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 2 Disember 2000.

Selain itu, di sini anda akan dapat melihat keindahan alam serta kekayaan flora dan fauna di sini.

Terletak kira-kira 12 km dari Pekan Nabalu, juga menjadi salah satu destinasi pilihan pelancong jika ke Kundasang.

Berminat untuk melawat ke tempat bersejarah di Kundasang?

Aktiviti 3 hari 2 malam di Kundasang

Pintu masuk ke Kundasang War Memorial

Kundasang War Memorial adalah tempatnya.

Ia dibina untuk mengenang serta menghormati tawanan perang yang sanggup

mengorbankan nyawa mereka dalam zaman perang.

.

.

.

Waitttt…

Sebelum kita continue untuk idea aktiviti hari kedua di Kundasang,

Apa kata kita lihat dulu homestay apa yang best di Kundasang.

Jom saksikan video di bawah:

Book penginapan lebih awal lebih bagus sebab kebiasaannya semasa cuti sekolah atau cuti umum,

Ramai pelancong yang datang ke Kundasang.

Banyak homestay atau hotel yang akan fully booked.


Itenerary Hari Kedua:

  1. Sosodikon Hill
  2. Sabah Tea Garden
  3. Fish Spa Kg Marakau
  4. Ranau Rabbit Farm

Bagi yang suka hiking, sangat rugi jika tidak masukkan Sosodikon Hill dalam itenerari anda!

Mahukan hiking yang santai-santai supaya tidak terlalu penat untuk continue activity lain?

Sosodikon Hill adalah pilihan terbaik!

Aktiviti 3 hari 2 malam di Kundasang

Pemandangan di Sosodikon Hill pada waktu pagi

Pendakian ke atas hanya mengambil masa sekitar 15-20 minit dengan jarak antara titik awal dan puncak kira-kira 400 meter.

Pemandangan paling best waktu pagi dengan view Gunung Kinabalu jelas dan cantikk!

Harga Tiket masuk ke Sosodikon Hill:

Dewasa – RM5
Kanak2 (7 – 12 years) – RM3

Selesai hiking dan berehat sebentar,

next stop yang boleh dimasukkan ke itenerari hari kedua ialah Sabah Tea Garden.

Sabah Tea Garden terletak di Ranau.

Berdekatan dengan Kundasang, kira-kira 12 km perjalanan dari Ranau-Kundasang.

Aktiviti 3 hari 2 malam di Kundasang

Aktiviti 3 hari 2 malam di Kundasang

Pemandangan hijau di Sabah Tea Garden

Harga Tiket lawatan: Free

Alang-alang sudah di Ranau, sangat rugi jika tak singgah ke Fish Spa Kg Marakau.

Apa yang best di sini,

Aktiviti 3 hari 2 malam di Kundasang

Fish Spa kg Marakau

Dapat merasakan pengalaman spa ikan yang unik. Sangat sesuai untuk healing dengan suasana

sekeliling yang tenang.

Sebelum balik ke Kundasang, jangan lupa singgah di Ranau Rabbit Farm.

Tempat ini adalah destinasi menarik untuk pencinta haiwan!

Aktiviti 3 hari 2 malam di Kundasang

Ranau Rabbit Farm

Aktiviti 3 hari 2 malam di Kundasang

Pelancong berpeluang untuk bermain bersama arnab-arnab comel di sini

Harga Tiket masuk ke Alpaca Club:

Dewasa – RM15
Kanak2 – RM10
Bayi – RM2

EHH JAPPP…

Korang confirm nak survey tempat makan juga kan. Maklumlahh kalau makanan tak best pun boleh ruin mood kann. Lagi-lagi kalau tengah on bercutii…

Jom tengok tempat makan best yang ada di Kundasang:

Video di atas adalah antara suggesstion tempat makan yang recommended di Kundasang.

Lepasni, korang tak perlulah pening-pening nak fikir nak makan kat mana.

.

.

.


Itenerary Hari ketiga:

  1. Desa Cattle Dairy Farm
  2. Alpaca Club
  3. Kundasang Market

Pada hari terakhir di Kundasang, sangat rugi jika tak singgah tempat-tempat yang saya suggest ni.

Desa Cattle Dairy Farm antara tarikan yang menjadi pilihan utama pelancong dalam dan luar negara.

Digelar sebagai “New Zealand Sabah” kerana pemandangan di sini seakan-akan di luar negara.

Aktiviti 3 hari 2 malam di Kundasang

Desa Cattle Dairy Farm

Yang menariknya di sini, pengunjung bukan sahaja dapat menikmati udara segara dan

pemandangan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu,

juga dapat berpeluang melihat sendiri proses menghasilkan susu lembu.

Selain itu, anda juga berpeluang memberi makan kepada anak lembu dan kambing di sini.

Harga Tiket masuk ke Desa Cattle Dairy Farm:

Dewasa (13 years and above) – RM5
Kanak2 (7 – 12 years) – RM4
Bayi (Below 7 years) – Free

Seterusnya, hanya beberapa minit dari Desa Cattle, anda boleh singgah di Alpaca Club. 

Alpaka merupakan haiwan comel yang berasal dari Amerika Selatan.

Pengunjung akan berpeluang memberi makan dan mengambil gambar

bersama alpaka disini dalam sesi lawatan selama 20 minit.

Aktiviti 3 hari 2 malam di Kundasang

Pelancong berpeluang melihat dan mengambil gambar Alpaca

Aktiviti 3 hari 2 malam di Kundasang

Alpaca Club Pertama di sabah

Oppsss… Sebelum balik, jangan lupa singgah ke Kundasang Market.

Semua sayur-sayuran dan buah-buahan yang di jual disini merupakan hasil tanaman penduduk tempatan.

Selain itu, anda juga boleh membeli kerepek dan pelbagai jenis snek tempatan.

Bagi penggemar bunga, jangan lepaskan peluang untuk melihat koleksi bunga-bunga yang dijual di sini. 

Datang ke Sabah and nak datang ke Kundasang,

Rancang Percutian Anda!

Datang ke Sabah dan nak ke Kundasang, tetapi tak ada masa untuk atur jadual perjalanan dan first time datang ke sini?

Jangan risau! Anda boleh lihat pakej percutian di bawah untuk perjalanan yang santai dan teratur:

>>Pakej Percutian menarik Kundasang Sabah<<

Korang pasti nak percutian dengan pengisian aktiviti 3 hari 2 malam di Kundasang sebagai satu memori yang menarik, bukan? 

Sediakan payung sebelum hujan, 

Rancang dulu, baru gerak!

 

 


Tempat Menarik Lain di Sabah

Nak jelajah tempat menarik lain yang ada di Sabah? Lihat juga

Explore Sabah with Suza Holidays!

-Ease your journey-

One Comment

Leave a Reply