Skip to main content

TEMPAT MENARIK YANG ADA DI DAERAH SANDAKAN….

Sandakan merupakan daerah atau Bandar kedua terbesar di Sabah,

mempunyai sejarah dan keunikan di daerah sandakan ini.

 

SANDAKAN Lebih dikenali dengan pusat bandar yang mempunyai pelabuhan perdagangan sendiri,

Sandakan ini adalah satu bandar yang dipenuhi dengan kepelbagaian bangsa, kaum dan agama.

Pusat daganggan yang terlalu pesat dan membangun

daripada zaman 70an lagi,

dan sandakan ini adalah tempat bekas jajahan kerajaan British, Jepun  dan China pada masa dahulu.

Ramai negara luar ingin berebut Tanah Sandakan ini,

 

malangnya orang asal sabah ini lebih teguh dalam menahankan hak tanah orang sabah ini.

 

Dahulunya Sandakan ini adalah pusat utama daganggan di Sabah sebelum Jesselton (kini Kota Kinabalu) .

kerana kedudukan pantai dan yang lebih dekat dan strategik dengan negara jiran untuk dijadikan tempat

persinggahan kapal berlabuh.

Pusat Perdagangan Dahulu lebih terkenal di kawsan perairan laut, dan memang sudah menjadi kewajiban untuk

para pedagang datang berkunjung di setiap persinggahan.

 

Selepas World War II, banyak peninggalan dan banyak memorial yang telah disimpan di tanah Sandakan ini.

Kekayaan hasil hutan yang ada di Tanah Sandakan ini masih lagi dipelihara dan dikekalkan sehingga kini.

 

Keunikan dan kecantikan Daerah Sandakan ini telah menarik minat orang luar untuk berkunjung dan melancong

di Daerah sandakan ini.

keunikan Sejarah Sandakan dan kecantikan Alam Semula jadi yang banyak di Sandakan ini adalah salah satu

tarikan yang sangat LUAR BIASA!

 

Dalam penulisan ini saya ingin bercerita tentang tempat menarik yang ada di daerah Sandakan ini.

Sebelum saya senarikan tempat menarik ini,

saya ingin membawa kepada pembaca blog saya ini,

 

Untuk mengenali beberapa tempat yang menarik di Kota Kinabalu dahulu,

sebab apa??

 

Kota Kinabalu adalah Ibu Negeri Sabah,

banyak tempat menarik dan tempat pelancongan yang hebat ada di Sabah ini..

GUNUNG KINABALU!!!

Adalah satu khazanah terbesar bagi orang Malaysia.

 

JOM! kita ke Kota Kinabalu..

…Itenarary ke Kundasang…

>>10 AKTIVITI MENARIK DI KOTA KINABALU<<

 

SEPILOK ORANG UTAN/ REHABILITATION CENTRE

Sebut sahaja Sepilok mesti terlintas dalam kepala kita pasal Orang Utan..

Sepilok merupakan zoo yang memelihara Haiwan jinak seperti :

  • Orang Utan
  • Kera/Monyet
  • Borneon Sun Bear
  • Gajah pygmy
  • Burung

Haiwan ini telah dipelihara dengan baik di Sepilok,

habitat haiwan ini sangat dijaga dengan rapi, bagi

mengekalkan kewujudan haiwan ini di Sabah.

 

Sepilok ini juga mempunyai penginapan yang sangat mewah

dan cantik.

Konsep binaan seperti dalam hutan, mengunakan material

binaan kayu, dan reka bentuk seolah-olah rumah kampung.

Knsep ini sangat Unik, tapi memberi tarikan yang sangat luar

biasa kepada pengunjung, seperti SAYA..

 

Masa saya datang ke Sepilok, saya telah menginap di sebuah Resort yang sangat cantik.

‘Nature Village’

tempat menarik di Sandakan

My Nature Resort at Sandakan

 

Borneo Sepilok’

 

tempat menarik di Sandakan

Sepilok Sandakan

 

kenapa saya hanya sebut 2 Resort ini sahaja kerana,

Resort ini adalah Resort yang lebih berkonsepkan

alam semula jadi, menggunakan material hutan

dan kedudukan Resort yang bersebelahan dengan hutan di

Sepilok.

 

Selain daripada penginapan dan Rehabilition Centre, sebenarnya hutan yang ada di Sepilok ini sangat

menyegarkan dan memukau jiwa kita untuk terus

bermalam lebih lama disana…

Sangat luar biasa,, jauh dari kesibukan bandar dan sangat

menenangkan..

Sepilok adalah salah satu tempat yang menarik ada di Sandakan, dan salah satu tarikan ramai.

 

 

REINFOREST DISCOVERY CENTRE

Ramai pencinta alam dan pemandangan ….

tetapi tidak tahu dimana tempat yang sesuai dan

tempat yang boleh bagi kita ketenangan dan kepuasan..

Reinforest Discovery Centre adalah 1 kawasan yang sangat

luas..

tempat yang sangat menarik dan memang jadi tumpuan ramai..

orang tempatan juga selalu datang kesini… untuk

melakukan aktiviti..

Reinforest Dicovery Centre ini adalah Taman Rekreasi,

orang ramai datang untuk melakukan aktiviti seperti jogging,

berkelah, dan Skywalking dimenara Besi

Reinforest Dicovery Centre ini.

 

sebut tentang Menara besi ini..

menara ini adalah satu peninggalan sejarah orang british

dahulu,.

digunakan untuk meninjau tanah sempadan Sandakan

daripada di ceroboh..

Menara ini masih lagi kekal dan masih kuat..

Pihak RDC sangat mengambil berat tentang keselamatan menara tersebut,

kerana dengan ketinnggian lebih daripada bangunan 3 tingkat..

Laluan Skywalk juga dibina dari besi..

Nama menara ini lebih dikenali sebagai

‘CANOPY SKYWAL’

tempat menarik di sandakan

Reinforest sky walk Sandakan

 

tidak lupa juga dengan kemudahan awam yang disediakan di Taman ini sangat lengkap..

tandas yang bersih, pondok berteduh, dan parking kereta kepada pengunjung juga disediakan..

Reinforest Discovery Centre ini juga mempunyai 1 tasik yang sangat luas..

Taman rekreasi yang sangat cantik, tempat ini adalah salah satu tempat yang menarik di sandakan,

bukan orang luar sahaja yang selalu datang kesini malahan masyarakat tempatan sandkan juga selalu melakukan

aktiviti riada di kawasan ini.

 

 

SANDAKAN MEMORIAL PARK

Sandakan Memorial Park merupakan taman suci yang didedikasikan bagi mengenang dan

menghormati korban perang yang mengalami penderitaan semasa WW II.

Terletak di Sandakan, Sabah, taman ini menaikan peranan penting dalam mengeklkan

sejarah dan memperingati pengorbanan yang telah dilakukan oleh tawanan perang yang

tidak terlupakan.

Pada masa WWII, Sandakan menjadi tempah penahanan tawanan perang dibawah tentera Jepun.

Tawanan perang berbilang kaum terutamanya daripada Australia, dan Britain

dipaksa untuk menjalani kehidupan yang sangat sukar dan teruk.

Mereka menghadapi penyiksaan, kekurangan makanan, dan keadaan hidup yang tidak

manusiawi.

Banyak daripada mereka yang meninggal dunia akibat penyiksaan dan penyakit.

 

Memorial Park Sandakan ini dibina sebagai penghormatan kepada merek yang terkorban

ketika dalam tawanan perang Jepun di Sandakan.

 

 

tempat menarik di Sandakan

Memorial Park Sandakan

 

 

Ciri-ciri utama Sandakan Memorial Park ini adalah :

 

MEMORIAL UTAMA

Dijadikan tempat pusat perhatian taman ini, dan menampilkan nama-nama individu

(BATU UKIRAN NAMA MANGSA)

yang telah terkorban semasa peristiwa tragis ini berlaku.

 

MONUMEN DAN STRUKTUR

Memorial Park Sandakan ini mempunyai monumen dan struktur yang menggambarkan

pengalaman tawanan perang serta kekejaman yang mereka lalui semasa dalam tahanan.

Ia menjadi satu pengajaran tentang kemanusiaan dan pendamian ketika WWII ini berlaku.

 

TAMAN HIJAU

Memorial Park Sandakan ini juga menyediakan satu taman hijau, tanaman yang sangat

subur dan sangat menenangkan.

Taman-taman yang dipenuhi dengan kehidupan pokok-pokok danu, serta tanaman bunga

yang segar.

Oleh itu, untuk orang sabah, bolehlah datang ke Sandakan Memorial Park ini, untuk

peringati mangsa tawanan pada WWII di tanah sandkan ini..

mungkin dalam tawanan ini ada nenek moyang kita..

sebagai tanda menghormati atas perjuangan mereka, kita boleh datang ke Memorial Park

Sandakan ini.

tempat menarik sandakan

Memorial Park Sandakan

 

Sandakan ini, bukan sahaja tempatnya yang menarik tetapi sejarah yang ada di daerah Sandakan ini adalah salah

satu tarikan yang luar biasa, dan menginspirasikan sandakan ini salah satu bandar yang bersejarah dengan tempat-

tempat mereka yang menarik di Sandakan ini.

 

 

LABUK BAY (PHROBOSCIS MONKEY SANCTUARY)

salah satu destinasi yang memang jadi tumpuan kepada pelancong yang datang ke daerah Sandakan ini.

menyajikan keunikan moyet hutan yang berhidung panjang..

nama yang lebih di kenali “PHROBOSCIS MONKEY”

 

Monyet ini sangat terkenal di Sabah, tidak hanya di sandakan sahaja yang ada,

tetapi di Labuk Bay lebih teratur dan lebih cantik kawasan pemeliharaan dan pemuliharaannya.

Monyet ini adalah monyet yang tidak liar, lebih mesra kepada pelancong yang datang ke Labuk Bay ini,

monyet ini sudah terlatih, sehinggakan monyet-monyet ini tahu masa untuk “showtime” makan pagi dan makan petang.

 

Tetapi monyet ini ada sensitifitinya sendiri, kalau datang melawat ke Labuk Bay,

terdapat beberapa peraturan yang harus pengunjung patuhi.

bagi menghindari daripada diserang monyet atau diganggu oleh monyet-monyet tersebut.

ya, haiwan mana yang tak suka dengan makanan kan?..

 

Labuk Bay ini mempunyai 2 Platform:

PLATFORM A – viewing time (9.30am & 2.30pm)

PLATFORM B – viewing time (11.30am & 4.30pm)

 

setiap platform ini, mempunyai masa yang sudah ditetapkan.

kalau terlepas masa melihat boleh datang disebelah petang..

masa untuk melihat tiada had masa yang ditetapkan..

 

tempat menarik di Sandakan

Labuk Bay Platform A & B

 

tempat menarik di Sandakan

Labuk Bay Platform B

 

Perjalanan untuk ke Labuk Bay memakan masa dalam 45minit daripada bandar Sandakan.

kawasan ladang sawit, untuk yang pertama kali datang mungkin akan tersesat,

biasakan diri untuk menggunakan aplikasi waze atau Google Maps..

untuk mengelak daripada termasuk ke kawasan yang tidak sepatutnya..

 

tempat menarik di Sandakan

Jarak perjalanan ke Labuk Bay daripada bandar Sandakan

 

 

sedikit perkongsian daripada saya tentang phroboscis monkey ini..

monyet ini berhabitatkan kawasan tanaman bakau di tebing sungai..

di negeri Sabah ini, mempunyai kawasan bakau yang sangat luas, habitat monyet ini memang merata di

setiap daerah yang ada di sabah..

setiap kawasan bakau, monyet berhidung panjang ini mempunyai kepelbagaian spesis monyet,

dan ada kacukan.

sebagai contoh..

di Kota Belud juga mempunyai sungai bakau yang luas, dan disana juga mempunyai monyet seperti di Labuk Bay..

tetapi monyet di Kota Belud ini bersaiz kecil dan warna bulu yang tidak sama dengan yang ada di Labuk Bay..

untuk tontonan yang lebih jelas dan memuaskan saya lebih memilih

di Sandakan, kerana lebih dekat dan senang untuk mengambil gambar dan video.

Labuk Bay adalah satu destinasi menarik yang ada di Sandakan, dan sangat terkenal dengan

keunikan yang ada disana.

 

AGNES KEITH HOUSE SANDAKAN

Agnes Keith House merupakan sebuah rumah yang menyimpan banyak sejarah, dan rumah ini merupakan lambang

kepada oranag sabah sendiri sempena slogan kat “SABAH MAJU JAYA

Seorang penulis buku yang telah memberi satu slogan tentang sabah,

Penulis ini dikenali dengan nama AGNES KEITH, pernah menulis satu buku yang sangat popular pada abad itu iaitu “LAND BELOW THE WIND”.

buku ini sangat terkenal dan telah mempengaruhi ramai orang luar tentang tanah Sandakan ketika itu.

merupakan warga british yang telah membina sebuah rumah di kawasan perbukitan di sandakan.

 

 

tempat menarik di Sandakan

Muzium,Agnes Keith House sandakan

 

 

Rumah ini telah dibina pada abad 70an .

Rumah pertama yang telah dibina oleh Agnes Keith dan suaminya Herry Keith di tanah sandakan.

Rumah ini telah dirobohkan pada tahun 1940.

Telah dibina semula oleh pihak Mezium Sabah untuk memperingati semula sejarah yang ada

di tumah Keith House ini, kerana telah menyimpan banyak sejarah yang melibatkan kebangkita Sabah

pada masa lalu.

 

Selaian daripada fungsi asalnya sebagai tempat tinggal,

Rumah Agnes Keith kini telah dijadikan pameran dan koleksi yang

memperlihatkan kehidupan keluarga Keith pada zaman penjajahan Jepun di Sabah.

Pengunjung dapat menyaksikan artefak bersejarah, lukisan, dan bahan

pameran lain yang merakamkan sejarah keluarga Keith dan pengaruh

penjajahan Jepun di Sabah.

 

Melalui muzium ini, generasi kini dan akan datang dapat memahami

dan menghargai perjuangan serta pencapaian tokok-tokoh tempatan pada masa lalu.

Rumah ini memberi peluang untuk belajar dan menyalami kisah kehidupan yang unik, serta mengekalkan kekayaan

budaya yang semakin terancam.

 

Penyelenggaraan muzium dan pihak berkuasa (Majlis Daerah Sandakan)

tempatan perlu bekerjasama untuk memastikan pengekalan bangunan

dan koleksi yang berharga ini.

Penglibatan masyarakat tempatan juga penting untuk memastikan

warisan sejarah ini terus dihargai dan dilestarikan.

 

tempat menarik di Sandakan

Interior Agnes Keith House

 

Secara keseluruhannya, Rumah Agnes Keith ini bukan sahaja

merupakan mercu tanda sejarah yang penting di Sabah tetapi juga

menawarkan pengalaman yang mendalam untuk mengenali lebih dekat

kehidupan dan warisan agung negeri ini.

Melalui pengekalan dan pendidikan, Rumah Agnes Keith akan terus

menjadi saksi bisu perkembangan sejarah Sabah yang mempersona.

 

Agnes Keith House ini berdekatan dengan Airport Sandakan sahaja,

kurang dari 10 minit untuk sampai kesana.

 

5 tempat menarik di sandakan ini,

boleh dijadikan satu destinasi percutiaan anda ketika di Sabah,

antara loksai yang sangat sempurna tempatnya,

mempunyai keindahan alam, sejarah tentang Sabah, dan haiwan

ternakan yang sangat menarik.

 

Tunggu apa lagi? JOM!

 

perjalanan ke Sandakan daripada Kota Kinabalu mengambil masa dalam 4-5jam sahaja..

daripada Kota Kinabalu kita akan singgah kundasang dahulu sebelum ke Sandakan,

sudah tahu apa yang best di Kundasang?

 

 

kalau ada yang berminat untuk sewaan kenderaan yang boleh ke tanah Sandakan

boleh contact Suzateam untuk buat satu tempahan awal.

 

>>>>>>>>>BOOKING NOW!!!!<<<<<<<<<<

 

Terima Kasih untuk masa anda pada hari ini,

-Ease Your journey-

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply